Noh Salleh & isteri akui perit, genap 7 bulan bayi meninggal dunia dalam kandungan
Penyanyi Noh Salleh dan isteri, Fatin Athirah Mustapa akui perit ketika berkongsi berita bayi meninggal dunia dalam kandungan menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini.
Kongsi pemilik nama Mohammad Noh Salleh, tanggal 22 September merupakan tarikh genap dia dan isteri kehilangan bayi sulung ketika di dalam kandungan.
Menerusi hantaran itu, jelas memaparkan Noh sedang menguruskan pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan serta di tanah perkuburan.
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan,”tulisnya di Instagram.
Bayi meninggal dunia dalam kandungan
Kongsi Noh, mereka bukan sahaja ‘berjuang’ dengan bekas isteri, Mizz Nina yang juga aktivitis kemanusiaan untuk mendapatkan hak bersama anak angkat, Musa.
Malah, dia dan isteri juga perlu memastikan anak dalam kandungan sihat, namun mereka tidak dapat melawan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri.
“Walaupun perit bak lalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur. Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang,”luahnya.
Bagaimanapun, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan, doa dan menemani di saat mental dan emosi tidak stabil.
Noh juga memberitahu, dia dan isteri menamakan anak syurga mereka ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu di kemudian hari.
Artikel lain: Tahniah! Akhiri zaman duda, Noh Salleh kini suami Fatin Athira
Sekadar info, Noh dan Athirah sah bergelar suami isteri pada 23 September tahun lalu.
Sebelum ini,Noh juga pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Bagaimanapun pasangan ini tidak dikurniakan zuriat namun membuat keputusan untuk memiliki seorang anak angkat bernama Musa.
Pasangan selebriti ini dilaporkan bercerai pada Ogos 2022 dan Mizz Nina juga kini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya.
Sumber: Instagram Noh Salleh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source