“Kenapalah orang Malaysia ni suka maki2…”- Abby Abadi minta istighfar
‘Kenapalah orang Malaysia ni suka maki-maki …’
Demikian luahan pelakon Abby Abadi apabila komen yang ditinggalkannya telah meraih perhatian wargamaya yangtidak bersetuju dengan pendapat diberikan berhubung isu membabitkan seorang pemuda digelar ‘abang bas’.
Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan akui kesal dengan sikap segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak sependapat dengannya.
Menurutnya, dia hanya sekadar meninggalkan komen dan pandangan peribadi mengenai Abang Bas di Instagram usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
“Saya cuma komen di posting Datuk Vida pun jadi berita sampai ada yang caci maki saya.
“Kenapalah orang Malaysia ini suka maki-maki orang. Tak ingat mati ke? Istighfar ya,”luahnya di Instagram Story.
Artikel lain: “Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan” -Abby Abadi
Terdahulu, Abby berpendapat dan yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan di media sosial, namun ramai pula yang berprasangka buruk terhadapnya.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan berharap Allah S.W.T dapat membantu menyelesaikan kes melibatkan Abang Bas sebaiknya.
Sebelum ini, Dato Seri Vida telah berkongsi video sambil menangis apabila memberi pendapat bahawa tindakan yang dibuat Abang Bas mungkin tidak berniat jahat susulan melihat daripada gerak badannya yang cukup menyayangi budak-budak.
Dia juga sebagai seorang ibu tersentuh sewaktu melihat Abang Bas meluru memeluk ibunya selepas diikat jamin susulan dua pertuduhan melibatkan dakwaan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Sumber: IG abbyabadi_112
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source