Masih belum ada jalan raya, perahu bawa stok makanan sekolah karam di sungai Katibas
Sebuah perahu bawa stok makanan ke sekolah karam pada tengahari tadi di Sungai Katibas, Song, Sarawak, lapor seorang pengguna Facebook dikenali Crisstian Moses.
Menurut Crisstian Moses, sebuah bot yang digunakan untuk mengangkut barang makanan ke dua buah sekolah terletak di kawasan berkenaan karam.
“Kemalangan di Sungai Katibas Tengah (Nanga Ujat) Katibas, tengahari tadi.
“Sebuah bot panjang ini digunakan untuk mengangkut barang makanan ke Sekolah Kebangsaan Lubok Bedil dan Sekolah Kebangsaan Nanga Bangkit,”tulisnya pada sebuah hantaran di Facebook.
Artikel lain: Besar betul! Netizen teruja, paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang
Perahu bawa stok makanan sekolah karam
Bagaimanapun, pemandu perahu berkenaan bersama beberapa individu lain dilaporkan selamat dan sempat naik ke darat.
Apa yang membuatkan ramai kecewa apabila sehingga kini penduduk di kawasan sekitar terpaksa menggunakan jalan sungai Katibas kerana masih belum mempunyai jalan raya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan mereka berharap agar masalah itu dapat diselesaikan demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat terutama para pelajar sekolah.
Sumber: FB Crisstian Moses
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source