Kakak Abang Bas sebak, anak mulai tanya kenapa ‘poksu’ tak ambil di sekolah
Kakak Abang Bas sebak apabila perlu menjawab pertanyaan daripada anaknya yang pelik mengapa bapa saudara sudah tidak mengambilnya di sekolah seperti kebiasaan.
Menerusi TikTok kakak kepada Abang Bas, sebelum ini memang pemuda terbabit yang mengambil anaknya, namun kini dia tidak dapat melakukan kebiasaan tersebut susulan isu yang terjadi sehingga mengakibatkan dia ditahan reman awal bulan ini.
Kakak Abang Bas sebak anak tanya kenapa ‘poksu’ tak ambil?
Ujar kakak kepada Abang Bas yang menggunakan nama akaun mommysaa di TikTok, dia seakan dapat mengagak soalan yang diajukan anaknya memandangkan orang lain yang perlu menjemputnya di sekolah, bukan Abang Bas yang dipanggil ‘poksu’.
“Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah? Ibu terus ” pakitam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal”
“Kenapa poksu tak ambil Caca? Bertakung air mata ibu,” ujarnya.
Kakak Abang Bas sebak, tak tahu sampai bila dapat ‘tipu’ anak
Disebabkan kerap mendapat pertanyaan sama, pengguna TikTok berkenaan menyatakan tidak tahu sampai bila dia harus menipu untuk memberitahu bahawa pemuda terbabit sudah tidak dapat menjemputnya di sekolah susulan kes tular tersebut.
Kakak Abang Bas sebak kerana dari bayi lagi anaknya sudah menumpang kasih sayang daripada Abang Bas memandangkan suaminya berada di luar kawasan atas tuntutan kerja.
“Terpaksa cakap poksu tak boleh ambil Caca dah. (Ibu menaip pun air mata bertakun)
Kenapa tak boleh ambil? Sampai bila ibu nak menipu. Dari bayi pakcik-pakciklah tempat Caca menumpang kasih sebab ayah dia kerja jauh,” luah kakak Abang Bas.
Artikel lain: Sepupu dedah Abang Bas direhatkan daripada media sosial – “Biar keadaan sejuk dulu”
Yang baca pun bertakung air mata
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada pengguna TikTok dimana rata-rata berasa hiba dengan apa yang dinyatakan mommysaa itu.
Mereka akui berasa sebak dan menitiskan air mata dengan situasi yang diceritakan dan berdoa supaya semua pertuduhan yang dikaitkan dengan Abang Bas dapat digugurkan.
Ramai doa supaya urusan dipermudah
Minta anak buah doakan poksu
Terdahulu, keluarga Abang Bas telah berjaya membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 di Mahkamah Muar selepas pemuda terbabit ditahan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.
Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan telah diwakili peguam, Datuk Zaharil Muhaiyar secara probono.
Sumber: TikTok mommysaa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source