Saman menyusul! Individu fitnah Fazura sudah dikenalpasti
Individu fitnah Fazura sudah dikenalpasti oleh pihaknya dan aktres itu bakal mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap individu-individu berkenaan.
Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili aktres berusia 40 tahun itu berkata pihak Fazura telah mengenalpasti pihak-pihak yang membuat kenyataan itu dan tindakan akan diambil ke atas mereka.
Individu fitnah Fazura sudah dikenalpasti
“Terdapat pihak yang memfitnah Fazura dengan perkara-perkara yang tidak benar, jadi kami pun memberi satu peringatan juga.
“Kami telah kenalpasti pihak-pihak yang membuat kenyataan itu dan Fazura serta pengurusannya akan mengambil tindakan yang sepatutnya melalui pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan juga saman si mahkamah sivil,” katanya ketika ditemui di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada Rabu.
Katanya lagi, tindakan undang-undang itu telah pun dilaksanakan dan ia sedang berjalan pada ketika Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sedang menghadiri prosiding kes penceraian bersama aktor, Fattah Amin.
“Mana-mana pihak yang telah membuat fitnah terhadap Fazura, sepanjang masa sehingga sekarang, semasa kes mahkamah ini sedang ditetapkan, tindakan undang-undang tu tetap berjalan,” ujarnya.
Pengurusan bakal saman individu fitnah Fazura
Dalam pada itu, Fakhrul Azman turut berkata susulan terlalu banyak fitnah yang disebarkan melalui forum, mereka akan mengambil tindakan keras.
“Ada macam-macam cerita. Jadi kita akan mengambil tindakan dengan keras! Kita tak akan biarkan lagi isu-isu dibangkitkan kerana benda ni telah lama dekat forum apa semua dah cerita macam-macam.
“Jadi kami ingin memberi maklumat kepada mereka yang memberi kenyataan-kenyataan yang tidak benar ini kita akan ambil tindakan,” tegasnya.
Sementara itu, Fakhrul Azman turut memaklumkan pihaknya telah mengenalpasti empat ke lima individu yang menyebarkan fitnah tersebut namun mereka akan mengambil tindakan individu yang memulakan fitnah tersebut terlebih dahulu.
Artikel lain: Fattah Amin tetap berpegang pada kenyataan sebelum ini, masih sayangkan Fazura
“Kita kenalpasti dalam empat dan lima individu, tapi kita akan ambil tindakan ke atas yang mula-mula sebarkan,” katanya.
Tindakan saman ini dipercayai susulan tularnya dakwaan daripada seorang individu yang mengatakan Fazura mempunyai kehidupan rahsia dan suka menghadiri ‘private party’.
Individu dipercayai fitnah Fazura
Selain itu, individu tersebut juga mengatakan Fazura menjadikan Fattah sebagai kambing hitam bagi menjaga reputasi dirinya sendiri.
Terdahulu, Fazura telah memfailkan penceraian terhadap Fattah di Mahkamah Syariah Petaling beberapa bulan selepas pasangan tersebut dihujani dengan dakwaan keharmonian mereka diganggu oleh orang ketiga.
Pasangan itu kemudian hadir ke mahkamah pada Rabu bagi prosiding pertama tuntutan cerai yang difailkan oleh Fazura Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia 3 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source