Menyusahkan Ira Kazar, Syamsul Yusof dituntut bayar RM3,000 kos kehadiran
Disebabkan menyusahkan Ira Kazar, pengarah tersohor, Syamsul Yusof dituntut untuk membayar RM3,000 sebagai kos kehadiran susulan tidak berterus-terang kerana wujudnya lafaz taklik di luar mahkamah pada Jun lalu.
Memetik laporan dari Berita Harian, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah memerintahkan agar Syamsul membayar kos kehadiran RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar.
Syamsul dituntut bayar kos kehadiran kerana menyusahkan Ira Kazar
Peguam syarie yang mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak menyatakan pihaknya memohon kos kehadiran RM3,000 kerana telah menyusahkan pihak defendan iaitu Ira berhubung isu tersebut.
“Kes sudah selesai, kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai difailkan oleh Syamsul. Kes difailkan Ira juga sudah selesai pada 5 September lalu.
“Hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan dan memohon kos kehadiran.
“Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos RM200 diberikan. Cuma, saya kesal lafaz cerai berlaku pada Jun, tapi tindakan diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai, tapi sebaliknya permohonan cerai biasa.
“Sebab itulah kami failkan di Kuala Selangor. Sebab kalau Syamsul tidak failkan, Ira kena failkan. Berikutan itu, ramai yang keliru.
“Hari ini pihak Syamsul tarik balik kes dan tutup terus,” katanya.
Kredit foto: Mstar
Artikel lain: Kongsi perkembangan terkini, Ira Kazar beri bayangan bakal jadi penyanyi?
Peguam Syamsul tak setuju bayar kos kehadiran RM3,000 kerana menyusahkan Ira Kazar
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Aris memaklumkan yang pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran sebanyak RM3,000erana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu menjimatkan masa semua pihak.
“Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.
“Pihak saya sudah memfailkan notis penarikan semula kes difailkan. Bagaimanapun, Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran RM3,000 kepada mahkamah.
“Bagi saya, apa penting sekarang adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.
“Jadi, kami percaya sedikit sebanyak perkara ini sudah menjimatkan masa dan kos kedua-dua pihak,” ujarnya.
Sekadar info, pada 5 September 2024, Syamsul dan Ira Kazar sah berpisah talak satu apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor membenarkan wujud lafaz cerai taklik ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.
Pada 19 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Susulan daripada itu, Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib telah mengesahkan perkara berkenaan susulan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source