Abby Abadi titip nasihat buat Fattah Amin & Fazura, kerap menangis baca berita mereka
Pelakon, Abby Abadi titip nasihat buat Fattah Amin dan Fazura apabila berharap agar pasangan tersebut dapat mempertahankan rumah tangga mereka yang kini sedang dilanda badai.
Menerusi Insta Story Abby Abadi, dia mengatakan jika mereka berasa sakit, ketahuilah bahawa ada yang lebih sakit dengan ujian yang sedang mereka hadapi.
Abby Abadi titip nasihat jangan berpisah, asyik menangis kenangkan mereka
Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan turut menyatakan yang dia tidak dapat fokus berniaga kerana asyik menangis setiap kali membaca berita berkenaan pasangan tersebut.
“Akak nak berniaga ni dik. Dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca cerita korang. Akak sedih sangat” tulisnya.
Abby Abadi titip nasihat, jangan cepat mengalah dengan keadaan
Dalam pada itu, Abby Abadi titip nasihat supaya mereka tidak cepat mengalah dengan keadaan dan berharap masing-masing dapat memperbaiki kekurangan serta tidak mengambil keputusan untuk meneruskan perpisahan.
“Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. Perbaikilah apa yang kurang, jangan berpisah. Jangan!” ujarnya lagi.
Minta Fattah segera pujuk isteri
Sebelum ini, Fattah Amin turut berkongsi gambar Fazura dan anak mereka, Fatima Aisya di Instagram dengan menyatakan bahawa walau apapun yang terjadi, dia tetap menyayangi dua wanita penting dalam hidupnya.
Dapat dilihat juga Abby Abadi meninggalkan komen meminta supaya Fattah memujuk isterinya segera dan memeluknya supaya dapat menjernihkan keadaan.
Artikel lain: “Daddy sentiasa sayang awak berdua” – Fattah Amin kongsi foto terakhir bersama isteri, anak
Terdahulu, pasangan selebriti itu telah hadir ke Mahkamah Subang Bestari bagi sebutan tuntutan penceraian yang difailkan Fazura sehari sebelum ulang tahun suaminya.
Dalam prosiding tersebut, tiada sebarang lafaz dilakukan kerana Fattah menyatakan yang dirinya masih lagi menyayangi Fazura serta berasa sedih dengan apa yang terjadi.
Namun begitu, menerusi hantaran terbaru Fazura di Instagram, dia menegaskan dirinya sudah nekad untuk meneruskan apa yang sudah dimulakan paad 13 September 2024 tempoh hari.
Semoga urusan mereka dipermudah dan ada jalan penyelesaian dalam rumah tangga mereka.
Sumber; Instagram abbyabadi_112
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source