Aktiviti perniagaan GISBH di seluruh negara lumpuh, PDRM bekukan 138 akaun bank
Aktiviti perniagaan GISBH di seluruh negara lumpuh selepas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan besar-besaran mennerusi Op Global bermula awal bulan ini melibatkan Fasa1 hingga 4.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pihak PDRM telah membekukan 138 akaun bank milik syarikat membabitkan wang berjumlah lebih RM800,000, selain menyita 22 kereta pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1,872,085 serta 14 lot hartanah.
Ia sekali gus menyukarkan syarikat berkenaan menjalankan operasi perniagaan mereka.
KPN pantau premis ada kaitan GISBH kebanyakan tidak beroperasi
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan yang pemantauan PRDM mendapati semua premis berkaitan GISBH seluruh negara tidak lagi beroperasi dan pihak polis sangat mengalu-alukan laporan dari bekas ahli organisasi berkenaan ataupun mangsa untuk tampil bagi melengkapkan siasatan.
Kepercayaan terhadap aktiviti perniagaan GISBH semakin terhakis
Tambah beliau lagi, kepercayaan masyarakat juga semakin terhakis lebih-lebih lagi setelah pendedahan siasatan pihak berkuasa serta pembongkaran kegiatan organisasi itu oleh sebuah akaun media sosial yang mendakwa membuat kajian ajaran sesat.
Dalam pada itu, Razarudin juga menyatakan pihak polis sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik GISBH di dalam negara menerusi siasatan terhadap individu ditahan dan maklumat risikan yang diperoleh.
PM akan pastikan PDRM siasat dengan telus
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut memaklumkan yang pihak kerajaan akan terus memastikan PDRM mengendalikan siasatan terkait kegiatan GISBH dengan telus.
Beliau juga mahu 542 orang kanak-kanak bawah 18 tahun ditempatkan di penempatan perlindungan sementara diberikan akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan bagi suatu tempoh hingga selesai siasatan.
Artikel lain: Ahli GISBH kahwin ikut agama, dah mengandung baru daftar secara rasmi – KPN
Sultan Selangor titah inti pati khutbah persoal tindakan GISBH kepada kanak2
Sultan Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga ada menzahirkan rasa dukacita terhadap penderaan dan pengabaian kanak-kanak dikaitkan dengan GISBH, dengan mempersoalkan perlakuan tersebut seolah-olah organisasi itu tidak memahami hak kanak-kanak yang perlu dihormati dan disantuni.
Susulan daripada itu, baginda bertitah supaya inti pati khutbah Jumaat pada 27 September 2024 yang bertajuk ‘Kenapa GISBH Buat Begini Kepada Kanak-Kanak’ perlu disampaikan di masjid-masjid seluruh Selangor agar dapat mengingatkan masyarakat bahawa anak-anak merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dipelihara kemuliaan dan kebajikannya.
Setakat ini, beberapa individu termasuk pimpinan utama GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isteri telah direman bagi membantu siasatan berhubung pelbagai isu yang berkaitan dengan organisasi tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source