Fasha Sandha menangis kenang krisis rumah tangga Fazura & Fattah Amin
Pelakon popular, Fasha Sandha menangis kenang krisis rumah tangga Fazura dan Fattah Amin memandangkan mereka sudah kenal sejak zaman remaja lagi.
“Kami sudah saling mengenali sejak usia saya 17 tahun manakala Fattah pula merupakan rakan Aidil. Dua-dua rakan dan saya rapat dengan Fazura. Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka,” katanya.
Fasha Sandha menangis lihat sahabat ditimpa ujian
Memetik laporan dari Mstar, Fasha Sandha menangis apabila melihat sahabatnya berada di titik terendah dalam perkahwinan ketika ini memandangkan pernah berada di situasi seperti itu.
“Sebagai sahabat sudah pasti saya tidak mahu melihat dia berada di titik terendah namun hanya Fazura tahu apa dilaluinya.
“Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Sebab wanita ini ada hadnya. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan penceraian terhadap bekas suami,” katanya.
Fasha Sandha menangis, cukup terkesan dengan berita Fazura & Fattah
Tambahnya pelakon itu, dia dan suami, Aidil Aziz cukup terkesan apabila mengetahui tentang berita tersebut dan mengakui sempat beremosi dengan hal berkenaan.
“Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami berdua sangat emosi,” ujarnya.
Artikel lain: Abby Abadi tiada niat ikut campur, cuma sedih lihat Fattah & Fazura mahu berpisah
Doakan yang terbaik buat mereka, kenang kebaikan Fazura
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 40,menyatakan dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan terbabit kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan dalam rumah tangga.
Mengenang kembali kebaikan Fazura kepada dirinya, pelakon drama Khilaf Yang Tertulis ini memaklumkan selebriti tersebut pernah menghadiahkan dirinya 20 pasangan baju raya sewaktu tiga tahun bergelar ibu tunggal.
Dia juga menangis tiap kali teringat akan pengorbanan sahabatnya itu lebih-lebih lagi ketika dia kini sedang dilanda ujian.
“Saya kenang budi Fazura… Dia tidak pernah lupa memberikan saya baju raya sepanjang tiga tahun saya bergelar ibu tunggal.
“Saya menangis sebab ingat pengorbanan Fazura beri baju raya sampai 20 pasang. Air mata ini bukan drama, kalau boleh tak mahu menangis namun apa terjadi dugaan untuk Fazura dan keluarga.
“Fazura sentiasa layan saya dengan baik. Saya rasa sangat kerdil jika dibandingkan dengan Fazura. Fazura adalah antara selebriti yang saya idolakan,” ujarnya.
Susulan daripada itu, Fasha memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang masalah rumah tangga sedang dilalui Fazura dan Fattah Amin kerana mereka berdua adalah orang baik dan datang dari keluarga yang baik-baik.
Sekadar info, pada 13 September lalu, Fazura telah menfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, sewaktu sebutan kes tempoh hari, tiada sebarang lafaz cerai berlaku memandangkan Fattah menegaskan yang dirinya masih lagi menyanyi Fazura.
Sumber: Mstar (Nazrin Zulkafli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source