JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak mohon sijil halal, minima 3 bulan operasi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak mohon sijil halal kerana mendapati premis milik penghasil kandungan YouTube dan pelawak, Nigel Ng di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur masih tidak mencapai tempoh minima ditetapkan.
Bahagian Pengurusan Halal Jakim dalam kenyataan memaklumkan, ungkapan ayat “JAKIM cepat sikit, kenapa lama sangat” dalam video tular sebelum ini adalah bersifat provokatif yang boleh mengundang salah faham ramai.
JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak
JAKIM berkata, kata-kata Nigel Ng atau lebih dikenali Uncle Roger dalam video tular berkenaan boleh memberi implikasi negatif terhadap imej JAKIM terutama mengenai tempoh permohonan Siil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Menurut JAKIM, premis makanan milik Uncle Roger masih tidak layak memohon SPHM kerana belum mencapai tempoh minima operasi yang ditetapkan bagi membuat permohonan.
“Untuk makluman pengguna, antara syarat dan kriteria permohonan SPHM sebagaimana yang dinyatakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020 adalah syarikat hendaklah beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum membuat permohonan.
“Berdasarkan syarat dan kriteria tersebut, premis makanan jenama “Uncle Roger” yang baru beroperasi didapati belum layak memohon SPHM kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan,”menurut kenyataan.
Artikel lain: Fuiyoh! Uncle Roger buka restoran, dah mohon sijil halal – “JAKIM cepat sikit, kenapa lama sangat?”
Disini, kami sertakan carta alir permohonan pensijilan Halal Malaysia buat rujukan masyarakat di negara ini.
Fi pensijilan Halal Malaysia
Terdahulu, OhMyMedia melaporkan Uncle Roger telah membuka restoran pertamanya di tingkat tujuh Pavilion Bukit Bintang.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah personaliti media sosial itu mendakwa dan memaklumkan dia sudah membuat permohonan sijil halal daripada pihak JAKIM.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihati untuk membuat semakan terlebih dahulu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source