Hilang Passport, Datang dengan Buku Merah Tapi Balik dengan Buku Coklat
Selangor memang tidak pernah kalah dalam menawarkan destinasi pelancongan tumpuan pelancong. Daripada alam semula jadinya yang indah, aktiviti riadah sehinggalah pusat rekreasi yang meriangkan, Selangor ada segalanya!
Pulau Ketam merupakan antara destinasi pelancongan utama Selangor terletak di Klang yang menjadi tarikan pelancong. Kedudukan Pulau Ketam sangat strategik dikelilingi tiga pelabuhan utama yang menjadi laluan masuk laut ke negara ini iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara.
Pulau yang majoriti dihuni penduduk Cina terkenal dengan perkampungan nelayan dan rumah terapung serta turut didiami kaum Cina Muslim dalam daerah ini. Suasana pulau ini begitu tradisional. Terasa seperti kembali ke kawasan perkampungan sekitar 90-an.
Pengangkutan utama ke pulau ini adalah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Seawal jam 8.30 pagi, feri pertama memulakan perjalanan ke pulau itu yang mengambil masa sekitar 40 minit.
Di Pulau Ketam, tidak ada penggunaan kenderaan lain seperti kereta kecuali basikal, skuter elektrik atau motosikal. Perhubungan antara Pulau Ketam dengan bandar Klang hanya dengan bot atau feri. Menangkap hasil laut adalah pekerjaan utama namun, terdapat sebilangan penduduk menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit, restoran dan homestay.
Selain itu, Jeti Pulau Ketam turut menjadi pintu masuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke negara seperti Indonesia.
Tidak sah kalau ke Pulau Ketam tanpa menikmati makanan laut terutama ketam kerana hasil laut baru ditangkap yang segar. Masakan Cina Muslim pasti membuat pengunjung ingin datang semula ke sini selepas menikmati kelazatan hidangan yang disediakan. Ketam di sana dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis kerana di sekitar Pulau Ketam terdapat banyak kawasan paya bakau.
Pulau Ketam merupakan destinasi ideal menjamu selera. Terdapat banyak kedai makan menawarkan hidangan laut istimewa dengan harga yang murah dan berbaloi.
Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan. Di sini pelbagai spesies ikan boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, dan mempunyai peralatan yang sesuai. Siakap merah atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini.
Pulau Ketam juga banyak menghasilkan produk hasil laut dan antara yang menjadi tumpuan adalah udang kering. Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat pemilik kilang memproses udang kering dengan cara tersendiri.
Pengunjung boleh juga meneroka pulau dengan menaiki bot persiaran dan melawat ke sangkar ikan sekitar pulau berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source