Rosak imej sebab menari? Alif Satar tahu batas, tak sentuh wanita bukan mahram
Selebriti serba boleh, Alif Satar tahu batas dan menegaskan tiada sebarang sentuhan berlaku antaranya bersama dua pelakon wanita, Sophia Albarakbah dan Nelissa Niza ketika merakamkan video promosi filem terbaharu, Reeza GTR, baru-baru ini.
Tegas pemilik nama Muhammad Alif Bin Mohd Satar, tiada sebarang sentuhan berlaku dan kedua-dua pelakon wanita itu sedia maklum mengenai ‘pantang larang’ ditetapkannya.
“Saya buat promosi filem Reeza GTR yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini.
“Saya sudah tahu apa batasan dan pelakon wanita itu juga tahu batas.
“Mereka tahu perlu jarakkan diri walaupun saya tak suruh. Tapi pasukan pemasaran mungkin ada cara lebih baik untuk mempromosikannya,” katanya.
Artikel lain: “Tolong jangan cemarkan reputasi” -Netizen ‘sakit mata’ lihat Alif Satar menari TikTok
Jelas aktor berusia 34 tahun, apa dilakukan adalah permintaan pasukan pemasaran filem berkenaan.
Alif Satar tahu batas
Terdahulu, video tarian Alif bersama dua pelakon wanita, Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam telah mengundang pelbagai reaksi warganet.
Difahamkan, Alif, Sophia dan Nelissa telah melakukan ‘joget TikTok’ itu untuk mempromosikan filem terbaru lakonan mereka yang berjudul Reeza GTR yang bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi.
Mereka berpendapat tindakan aktor itu dianggap tidak selari dengan imejnya dalam meluaskan empayar kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan sejak tahun lalu.
Pun begitu, Alif memberitahu orang ramai tidak perlu mengaitkan tindakannya dengan kempen berkenaan kerana tiada manusia yang sempur dan pasti akan melakukan kesilapan.
“Kalau orang kaitkan dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat, itu memang tanggungjawab sebagai Muslim dan saya bangun pagi memang akan solat subuh.
“Saya tak cakap bila buat kempen ini maka akan terlepas daripada kesilapan. Saya tak boleh anggap begitu.
“Tapi, secara peribadi, saya tahu batas perlu dijaga. Kalau tengok betul-betul video, memang tak bersentuhan dan jarak antara kami jauh. Jadi, terpulang kepada mereka dengan pendapat masing-masing,” jelas Alif Satar.
Sumber: BH Online (Affan Rostam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source