Bapa tak mampu baiki motor rosak, murid darjah enam jalan kaki 6KM ke sekolah
Seorang murid darjah enam jalan kaki 6KM ke sekolah pergi dan balik susulan bapa tak mampu baiki motor rosak yang merupakan kenderaan utama keluarga mereka.
Kecekalan pergi ke sekolah berjalan kaki
Perkara itu dikonsikan oleh aktivis masyarakat, Abbe Hae di Facebook dan mendapat perhatian ramai susulan kecekalan kanak-kanak berkenaan dalam menimba ilmu.
Bapa tak mampu baiki motor rosak, teman anak2 jalan kaki pergi sekolah
Difahamkan, bapanya akan menemani dia serta kakak yang berada di Tingkatan dua ke sekolah masing-masing dengan berjalan kaki setiap hari selepas motosikal yang sering digunakan untuk menghantar mereka mengalami kerosakan.
Walaupun pergi bersama-sama, namun lokasi sekolah kakak pelajar tersebut lebih dekat dari rumah iaitu kira-kira 1.5 kilometer (KM) berbandingnya sekitar 3 (KM).
“Izara berjalan kaki ke sekolah setiap hari dengan ditemani bapanya..Pergi dan balik berjalan kaki dalam lingkungan 6KM.
“Sekolah Izara agak jauh jika dibandingkan dengan sekolah kakaknya. Kakaknya di sekolah menengah dalam tingkatan 2. Jarak sekolah kakaknya hanya 1.5KM dari rumah manakala jarak sekolah Izara pulak 3KM dari rumah,” tulis Abbe Hae.
Bapa tak mampu baiki motor rosak, tapi jiran2 bantu kalau terserempak
Penerima Anugerah Tokoh Khas Individu Maulidur Rasul WPKL 2024 juga memaklumkan yang adakalanya mereka dibantu penduduk di kawasan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan andai terserempak sewaktu sedang berjalan kaki ke sekolah.
Dalam pada itu, pelajar darjah 6 yang dikenali sebagai Izara berkenaan merupakan seorang pelajar yang rajin dan Abbe Hae turut memuji tindakan bapanya yang sangat bertanggungjawab walaupun mereka serba kekurangan demi memastikan anak-anak tidak tertinggal dalam pelajaran.
“Izara adalah anak yang rajin belajar. Sampai saja dirumah Izara terus saja buka beg sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
“Apa yang menarik perhatian Abbe adalah tanggungjawab si ayah yang sanggup menghantar anaknya berjalan kaki kesekolah agar anaknya tidak tercicir dalam pelajaran. Satu komitmen yang harus diikuti oleh orang lain,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Abang sanggup tunggang motosikal dari Melaka demi hantar adik belajar di UUM
Disebabkan melihat kegigihan dan kesungguhan Izara, Abbe Hae bercadang mahu memberikan biasiswa pelajaran kepada murid tersebut serta akan memberi bantuan untuk membaiki motosikal bapanya secepat mungkin supaya tidak perlu lagi berjalan kaki ke sekolah.
Bapa yang bagus & bertanggungjawab
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan penghargaan kepada aktivis berkenaan kerana menyantuni mereka dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan.
Mereka juga memuji bapa kepada kanak-kanak terbabit kerana tetap menjalanakan tanggungjawab sepenuhnya walaupun seeba kekurangan dan mendoakan supaya mereka menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada keluarga.
Syukur dibantu indan yang baik
Semoga Allah permudahkan urusan semua
Semoga adik Izara dan kakaknya terus bersemangat untuk ke sekolah serta segala urusan keluarga dipermudah.
Sumber: Facebook Abbe Hae
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source