Ceria & sihat seperti biasa, ibu tak sangka bayi ‘pergi’ mengejut akibat jangkitan kuman
Seorang ibu tak sangka bayi ‘pergi’ mengejut tanpa menunjukkan sebarang simptom sedang sakit apabila tetap ceria dan sihat seperti biasa sebelum disedari sudah membiru serta tidak sedarkan diri.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Syahierah Zainal, dia dan suami sempat meluangkan masa bersama bayi mereka pada hujung minggu dengan melakukan rutin harian serta mendodoikannya sehingga tertidur.
Artikel lain: “Tunggu kami di pintu syurga ye anakku” -Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska
Ibu tak sangka bayi ‘pergi’ mengejut, nampak biru & tak bergerak secara tiba2
Namun begitu, sekitar jam 11 malam, suaminya melihat bayi mereka seakan tidak bergerak dan badannya nampak biru sebelum cuba mengangkatnya yang sudah lembik.
Disebabkan panik, Syahierah telah meminta bantuan jiran-jiran dan segera membawa bayinya yang berusia 7 bulan ke klinik berhampiran.
Tanpa disangka, dalam masa sejam sahaja, dia mendapati anak keduanyai itu sudah tiada tanpa menunjukkan sebarang simptom.
Ibu tak sangka bayi ‘pergi’ mengejut, tak tunjuk sebarang tanda sakit
Disebabkan pemergiannya secara mengejut, bayi Syahierah telah dibawa oleh pihak forensik ke hospital untuk bedah siasat.
Apa yang mengejutkannya adalah keputusan dari bedah siasat mendapati anak keduanya itu mengalami jangkitan kuman dan sudah merebak ke bahagian organ dalaman seperti limpa, usus dan perut.
Perkara itu sangat tidak disangka-sangka kerana allahyarham anaknya berada dalam keadaan sihat, berisi, ceria dan tiada langsung tanda sedang sakit.
Ibu tak sangka bayi ‘pergi’, tapi lega anak tak terseksa sebelum meninggal dunia
Walau bagaimanapun, pengguna Facebook itu akui lega apabila anaknya tidak terseksa kerana ‘pergi’ sewaktu dalam tidur tanpa sebarang rasa sakit.
Dia juga bersyukur diberi pinjaman selamat tujuh bulan walaupun jangka masa tersebut begitu singkat memandangkan belum puas untuk bermain dengan anak syurga itu.
Susulan daripada itu, dia berharap agar diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan berdoa supaya anak syurganya yang diberi nama, Naura Ameena bint Muhamad Yusri mampu menarik tangan ibu, bapa dan abangnya ke syurga bersama-sama.
Sumber: Facebook Syahierah Zainal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source