Ibu Adam cukup sayang bakal menantu, akui sudah suka sejak kali pertama jumpa
Ibu Adam cukup sayang bakal menantu dan akui sudah menyukai wanita berkenaan sejak kali pertama berjumpa sehingga dia tidak menyangka bahawa hubungan pertunangan anaknya tidak sampai ke jinjang pelamin.
Jelaskan punca tak jadi nikah sebab ada orang ke-3
Menerusi video rakaman siarang langsung yang dibuat pemuda dikenali sebagai Adam, dia telah menjelaskan punca mengapa perkahwinannya tidak dihadiri pengantin perempuan memandangkan majlis yang direncana terpaksa dibatalkan dan diganti dengan doa selamat.
Ibu Adam cukup sayang bakal menantu, orangnya sederhana
Dalam rakaman siaran langsung yang dibuat Adam, ibunya, Tengku Norma Tengku Arshad turut tampil memaklumkan bahawa dia sangat menyayangi pilihan anaknya itu sehingga setiap apa yang diberi atau bercuti bersama anak-anak, pasti akan ada wanita berkenaan bersama.
Ujarnya, dia sangat berkenaan dengan keperibadian pilihan hati Adam yang mana boleh disifatkan seperti ‘Perempuan Melayu Terakhir’ serta hubungan mereka sangat baik.
“Bila Adam kenalkan kepada saya this girl, saya ni bukanlah orang yang cerewet. Hati saya memang dah suka masa pertama kali pandang dia. Sangat simple dan sederhana
“Keperibadian dan perwatakan dia memang tiada masalah. Zaman sekarang, susah nak cari yang beradab dan berbudi bahasa. Kalau keluar makan, dia akan ambilkan gelas, everything is nice and proper,” katanya.
Ibu Adam cukup sayang bakal menantu, anak tetap maafkan
Puan Norma juga akui sedih melihat apa yang dilalui oleh anaknya walaupun terlihat Adam kuat menghadapi ujian ini.
Jelasnya, Adam nampak tenang dan tidak memarahi bekas tunangnya kerana begitu menyayangi wanita tersebut dan tetap memaafkan meskipun apa yang berlaku cukup memberi kesan kepada mereka sekeluarga lebih-lebih lagi apabila ada orang-orang yang bertanya.
Artikel lain: Bakal isteri ada orang ketiga punca pemuda tak jadi kahwin
Ibu mentua yang sangat positif
Susulan dari perkongsian di rakaman siaran langsung tersebut, ramai yang memuji tutur kata dilontarkan Puan Norma apabila terlihat sangat lembut dan langsung tidak mengeluarkan kata-kata kasar.
Perkara tersebut membuatkan netizen menganggapnya sebagai ‘mentua Idaman’ kerana masih lagi bersikap sopan walaupun diuji dengan hal yang sangat menyedihkan buat anak serta keluarganya.
Rugi perempuan tu sia-siakan orang baik macam ni
Nampak keluarga yang baik
Terdahulu, video seorang pemuda dan ahli keluarganya membuat pengumuman bahaa majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung terpaksa diganti kepada da selamat telah mencuri tumpuan ramai.
Difahamkan, pengantin perempuan tidak hadir ke majlis tersebut susulan sudah memulangkan cincin pertunangan sebulan sebelum majlis berlangsung.
Walau bagaimanapun, majlis tetap terpaksa diteruskan kerana semuanya sudah ditempah dan tidak boleh dibatalkan serta kad jemputan perkahwinan juga telah diedarkan.
Sumber: TikTok shaaezy, sarahshopp
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source