“Saya rasa MDS ni tak perlu, minggu orentasi tiada hala tuju..”
Seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikenali sebagai Prof Dr Muiz Razak berpandangan, Minggu Destini Siswa (MDS) tidak perlu dilaksanakan selepas melihat isu yang tular berkaitan perkara tersebut, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh di laman X, beliau yang mengaku sebagai pensyarah UiTM menganggap minggu orentasi yang berlangsung selama seminggu itu seolah-olah tiada hala tuju untuk golongan mahasiswa dan mahasiswi.
Minggu orentasi tiada hala tuju
“Sebagai pensyarah UiTM, aku tetap rasa Minggu Destini Siswa (MDS) ni tak perlu.
“Minggu orentasi tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. ‘Fasi’ pun naik kepala,” tulisnya pada Rabu.
Dr Muiz mendakwa, pihak atasan serta rakan sekerjanya turut bersetuju untuk tidak melaksanakan minggu orentasi yang disifatkan boleh memberi impak negatif kepada pelajar.
“My superiors and colleagues also allowed this unnecessary shenanigans on campus,” katanya.
Minggu orentasi tiada hala tuju
Artikel lain: Fasi universiti dilabel syok sendiri, buat prank gaduh depan pelajar demi sambut birthday rakan
Netizen setuju dengan pandangan Dr Muiz
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama seperti Dr Muiz dimana budaya tidak sihat seperti menengking, membuat ‘prank’ atau gurauan di hadapan pelajar perlu dihentikan.
Fasilitator perlu isikan perkara yang berfaedah sepanjang orientasi
Dalam pada itu, ada individu memberi cadangan kepada fasilitator supaya memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan kehidupan di universiti, persekitaran, kaedah pengajian, budaya universiti dan pembinaan sahsiah wajar diterapkan.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila salah sebuah universiti awam membuat ‘prank’ bergaduh di hadapan pelajar baharu untuk menyambut hari lahir rakan mereka.
Situasi tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati ramai kerana netizen menyifatkan aktiviti itu adalah tidak memberi apa-apa manfaat serta impak kepada pelajar.
Sumber: X @MuizRazakMR
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source