Gaduh selepas kemalangan, 2 individu Cina bertekak guna bahasa Melayu
Tular di media sosial satu video memaparkan dua individu Cina bertekak guna bahasa Melayu selepas kedua-duanya terlibat dalam kemalangan kecil.
Menerusi satu hantaran di X, update11111 telah memuat naik video memaparkan seorang wanita dan seorang lelaki warga emas yang sedang bertekak selepas terlibat dalam kemalangan kecil.
2 individu Cina bertekak guna bahasa Melayu
Pada video tersebut, warga emas berkenaan telah melanggar peraturan jalan raya kerana memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan antara dirinya dan wanita itu.
Disebabkan itu, wanita tersebut telah keluar daripada keretanya dan mula memarahi warga emas itu dengan berkata dia telah melakukan kesalahan jalan raya.
“Ini salah tahu, tengok ni. Ini jalan satu arah saja. Orang ni, dia dari arah bertentangan datang sini langgar saya lepastu mahu lari,” kata wanita tersebut.
Netizen terhibur, dua individu Cina bertekak guna bahasa Melayu
Kenyataan wanita tersebut membuatkan warga emas yang sudah mula membonceng motosikalnya berasa berang dan menafikan dia telah melanggar wanita tersebut.
“Saya langgar kamu?!” jerit warga emas sambil turun daripada motosikalnya dan berjalan ke hadapan kereta wanita itu untuk melihat kerosakan kenderaan itu.
Wanita itu kemudian berkata dia akan memfailkan laporan terhadap warga emas itu dan warga emas itu juga boleh melakukan laporan sekiranya dia mahu.
Warga emas itu kemudian mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil foto bahagian hadapan kenderaan wanita tersebut.
Pada masa yang sama, warga emas itu turut berkata dia juga akan memfailkan laporan terhadap wanita tersebut dan mereka masing-masing boleh melakukan laporan.
Artikel lain: “Saya rasa MDS ni tak perlu, minggu orentasi tiada hala tuju..” – Pensyarah UiTM
Sementara itu, wanita berkenaan terus-menerus mengingatkan warga emas itu bahawa dia telah melakukan kesalahan kerana memandu melawan arus jalan.
“Ini one way, mana boleh pandu lawan arus. One way, kamu masih kacau-kacau. Kamu tak tengok jalan. One way lagi macam ni,” kata wanita itu.
Sebaik mengambil foto bahagian hadapan kenderaan wanita tersebut, warga emas itu kemudian memandu pergi namun masih melawan arus jalan.
Walaupun kemalangan telah berlaku, warga maya sedikit terhibur apabila kedua-dua individu yang jelas-jelas berbangsa Cina itu bergaduh dalam bahasa Melayu.
Menjengah ke ruangan komen, warganet masing-masing berpendapat warga emas itu memang bersalah dalam hal berkenaan namun mereka tidak mengecamnya dengan kata-kata yang teruk.
Walaupun salah, tapi apek tu comel
Haiyaa apek, sudah salah mahu tegakkan benang yang basah
Sabar je la dengan orang tua
Dia salah dia pun nak report
Pada masa yang sama, ramai juga warga maya yang menyuarakan rasa bangga mereka kerana walaupun kedua-duanya berbangsa Cina, namun mereka memilih untuk bercakap bahasa Melayu dalam pergaduhan itu.
Cina bertekak guna bahasa Melayu, auto faham
Utamakan bahasa kebangsaan!
Bahasa jiwa bangsa
Rasa bangga bila Cina guna bahasa Melayu
Cina bertekak guna bahasa Melayu, ini yang kita nak!
Apapun, memang salah apek tu la, jalan lawan arus dengan tak pakai helmetnya…..
Sumber: X update11111
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source