Siap jilat pinggan! Usahawan kongsi pengalaman makan ‘fine dining’ RM12,800
Video usahawan kongsi pengalaman makan fine dining RM12,800 di platform TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai memandangkan pelbagai menu serta cara unik menikmati juadah ditunjukkan.
Video yang dikongsi usahawan jenama tudung terkenal, Haliza Maysuri di TikTok miliknya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakannya pertama kali melihat hal tersebut.
Usahawan kongsi pengalaman makan fine dining di restoran jenama fesyen terkenal
Menerusi video berkenaan, dia memaklumkan telah dijemput restoran jenama fesyen terkemuka dunia ke Bangkok untuk merasai sendiri fine dining menu-menu yang disajikan di sana.
Selain disajikan aneka juadah, dia dan beberapa lagi individu telah diajar cara menikmati makanan-makanan tersebut.
Salah satunya adalah dengan menjilat makanan berkenaan dari pinggan dan juga merasai sajian menggunakan tangan.
“Makan malam di restoran Louis Vuitton ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan. Dengan 21 menu dari seluruh dunia — India, Jepun, Eropah dan banyak lagi — setiap hidangan seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan!” tulisnya.
Usahawan kongsi pengalaman, makan dengan cara jilat pinggan
Ujarnya lagi, dia telah menikmati makan malam tersebut selama tiga jam dan dapat merasai hidangan dari pelbagai rasa serta budaya dari pelbagai negara.
“Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri. Selama 3 jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia” katanya lagi.
Artikel lain: Rasa bersalah pakai tudung murah RM1,200, usahawan ‘update’ beli kasut RM5,290 pula
Patut orang kaya2 kurus, makan sikit gitu
Perkongsian yang dibuat oleh usahawan berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakkannya pertama kali melihat fine dining sebegitu.
Walaupun ada yang meninggalkan kecaman, namun terdapat juga yang memuji konten usahawan itu kerana memberi pengetahuan baru buat mereka yang tidak tahu cara makan serta hidangan golongan T20.
Konsep apa ni makan jilat pinggan?
Konten macam ni bagi kita ilmu baru
Kalau orang ada duit, anggap ni satu pengalaman
Menu disajikan halal
Dalam pada itu, Haliza turut menjelaskan makanan yang dinikmati semuanya halal memandangkan pihak restoran yang mengundangnya mengetahui bahawa dia beragama Islam.
Apa-apa pun, konten seperti ini mungkin memberi ilmu baru buat kita semua jika dilihat dari sudut positif kerana tidak semua orang berkesempatan untuk merasai fine dining dengan harga yang cukup mewah tersebut.
Sumber: TikTok Haliza Maysuri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source