Rasa dendam & trauma, keluarga Sabari takkan maafkan suspek sampai bila2
Keluarga Sabari takkan maafkan suspek selepas bertindak kejam terhadap bapa mereka dicampak ke dalam sungai sehingga mereka kehilangan insan tersayang itu.
Memetik laporan Harian Metro, anak bongsu Sabari, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata, dia sudah melihat wajah suspek dan pernah berjumpa sebelum ini.
Keluarga Sabari takkan maafkan suspek
Bagaimanapun, dia tidak akan memaafkan lelaki itu dan akan memastikan suspek menerima hukuman setimpal kerana memberi tekanan emosi buat mereka sekeluarga,
Ujar Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga telah melantik peguam ketika perbicaraan mahkamah nanti.
“Apalah salah ayah saya kerana dia sudah berusia dan tidak mampu melawan kudrat suspek yang jauh lebih muda daripadanya.
“Saya tahu ayah tidak akan melawan jika diapa-apakan, jadi saya takkan maafkan dia sampai bila-bila sekalipun dia memohon maaf kerana ayah tiada gantinya, ” katanya, hari ini.
Trauma ingat wajah orang bunuh ayah, rasa dendam
Dalam pada itu, Muhammad Amir Hakimi akui mereka sekeluarga trauma dan pastinya akan mengingati wajah suspek yang telah menyebabkan kehilangan tempat menumpang kasih.
Katanya, bukan mereka sekeluarga sahaja, tetapi penduduk kampung juga terkejut dan sedih termasuk jemaah Masjid Al Mutmainnah, Kuala Pegang kerana bapa selalu pergi ke masjid menunaikan solat lima waktu di situ.
“Sampai bila-bila pun saya serta dua kakak (Suraiya Izzati, 29, dan Nur Aina Sofiya, 28) akan ingat kejadian ini kerana kami hilang ayah, tempat kami menumpang kasih.
“Ketika polis meminta saya buat pengecaman suspek sebelum ini, saya memang tidak mahu melihat lama-lama muka dia sebab trauma teringat orang yang bunuh ayah kami.
“Kalau boleh saya nak lupakan wajah dia, walaupun dalam kepala masih ingat lagi muka dia, saya rasa dendam dengan dia, kalau boleh saya tak mahu ingat supaya tak ganggu masa depan kami,” katanya lagi.
Maklumnya lagi, mereka sekeluarga sudah melakukan solat hajat dan bacaan Yasin termasuk di masjid supaya keadilan akan memihak pada keluarganya.
Artikel lain: Anak Sabari ralat, bapa simpan duit tunggu panggilan haji, suspek guna buat berjudi
Terdahulu, Sabari telah dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.
Walau bagaimanapun, kereta Proton Waja yang dipandunya ditemui telah hangus terbakar di Belantik, Sik namun tiada sebarang kelibatnya disana.
Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun pada 27 September lalu dan hasil siasatan itu mendapati Sabari dipercayai dicampak di Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra selepas tangannya diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source