Tular Kisah Lelaki Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Peguam Syarie Kongsi Hak Tuntut Ganti Rugi
Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam di laman TikTok, dapat dilihat ibunya menangis ketika memberitahu tetamu yang hadir bahawa majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat.
Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam dan keluarga. Malah mereka turut mencadangkan Adam agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan kerana membatalkan majlis pada saat-saat akhir.
@demflacco Replying to @user696🕊️ ♬ original sound – DemFlacco🎡
Seorang peguam Syarie bernama Fahmi Ramli ada berkongsikan tentang apa yang boleh dituntut dan apa tindakan yang boleh diambil mengikut tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Tuntut balik kos gantirugi ‘Persiapan Kahwin’ itu
Saya terbaca satu posting yang dikongsi oleh seorang photographer yang upload gambar pengantin perempuan. Pengantin itu berseorangan sebab pengantin lelaki ‘tak wujud’.
Sebab yang diberitahu, bakal pengantin lelaki tersebut memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan disaat akhir kerana memilih untuk kembali bersama bekas kekasih.
Kesian memang kesian. Tapi, tak tahu la berapa kos yang dah bakal pengantin perempuan itu keluarkan.
Mesti dah bayar banyak benda untuk persiapan. Belum kira lagi dengan malu yang dihadapi keluarga perempuan tersebut.
Anda perlu ingat, bila dah bertunang dan menuju kearah perkahwinan, anda sebenarnya telah terikat disisi Undang-undang Keluarga Islam.
Boleh ke tuntut gantirugi di Mahkamah Syariah?
Pertunangan itu boleh terjadi sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk melakukan kearah pernikahan pihak-pihak. Ketika bertunang, adalah haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang wanita yang telah bertunang.
Setiap Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seluruh Malaysia ada diperuntukkan tentang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan gantirugi perkahwinan.
Siapa yang perlu tanggung gantirugi?
Dalam undang-undang disebut pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu adalah bertanggungan untuk pulangkan
- pemberian pertunangan (jika ada)
- memulangkan nilainya
–membayar apa-apa wang yang telah dibayar oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu
Maksudnya, orang yang putuskan pertunangan itu perlu tanggung gantirugi dan perlu bayar kos kepada pihak yang diputuskan pertunangan tersebut.
Apa yang boleh dituntut?
- Belanja kenduri kecil-kecilan semasa majlis pertunangan seperti kos penyediaan makanan kepada tetamu, khemah, photographer dan lain-lain.
- Baju pengantin untuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan. Sama ada telah dibayar secara penuh mahupun separuh.
- Bayaran upah catering
- Kad-kad jemputan kenduri
- Pengubahsuaian rumah/bilik pengantin pihak yang diputuskan pertunangan tersebut. Contohnya kos renovate bilik, bilik air, perabot dan lain-lain.
- Bayaran DJ & Photographer juga jika telah dibuat, boleh diminta gantirugi walaupun ia mungkin bukan keperluan asas perkahwinan.
- lain-lain persiapan yang menggunakan kos hanya untuk perkahwinan
Boleh ke nak tuntut kos maruah/saman malu sebab batalkan perkahwinan last minit?
Jawapannya tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Saman malu adalah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Jika pihak yang dimungkiri itu rasa malu dan maruah tercalar, anda boleh buat tuntutan kos gantirugi am di Mahkamah Sivil.
Di Mahkamah Syariah hanya berkaitan dengan kos dan gantirugi yang menjurus kepada perbelanjaan persiapan perkahwinan sahaja.
Jadi kesimpulannya, peguam ini menasihatkan kepada bakal pengantin yang mengalami isu yang sama, supaya pergi membuat tuntutan ini di Mahkamah Syariah. Tambahan lagi, kos yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan tersebut bukanlah murah zaman sekarang ini.
Menurut beliau lagi, jika tidak bertindak, orang yang memungkiri janji tersebut akan merasakan hal ini adalah perkara kecil. Sedangkan, maruah yang tercalar serta penat lelah keluarga dan diri anda yang mengumpul duit untuk persiapan tersebut bukan satu perkara kecil. Bahkan ia sangat besar.
So korang yang ada experience putus tunang atau majlis tak jadi ni boleh la manfaatkan info dari peguam ini. Apa-apapun, yakinlah setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya!
Sumber: Fahmi Ramli
The post Tular Kisah Lelaki Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Peguam Syarie Kongsi Hak Tuntut Ganti Rugi appeared first on REMAJA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source