Bila Jenis ‘Hoarding Disorder’, Anak Menantu Kemas Rumah Bila Mak Ayah Pergi Umrah
Ibu ayah pergi umrah, anak-anak pula ambil peluang kemas rumah yang penuh dengan barang-barang sebab ibu ayah ada ‘Hoarding Disorder’. Video ni memang buat ramai orang terkejut, siap trending lagi!
Video itu dimuatnaik pengguna TikTok @aainaa.nordin berdurasi 44 saat itu telah mendapat tonton sehingga 3.6 juta serta likes lebih 238k.
Menerusi kapsyen ringkas wanita itu menjelaskan mereka adik beradik serta menantu mengemas rumah ketika ayah dan ibu menunaikan umrah.
“POV : Mak Ayah pergi umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover.”
Dia juga turut memaparkan video beberapa bahagian rumah yang penuh dengan pinggan mangkuk dan barang kelengkapan dapur yang banyak sehingga menggangu kekemasan ruang dapur. Situasi itu membuatkan kediaman keluarga mereka dipenuhi dengan barang-barang yang tidak diperlukan.
@aainaa.nordinPOV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter
Menerusi video wanita itu bersama ahli keluarganya membuang barangan yang tidak boleh digunakan lagi. Kemudian menyusun semula pinggan mangkuk, barangan jenama tupperware dan tidak berjenama yang memenuhi dapur. Sementara, kotak-kotak diatur kemas di ruangan bawah dapur.
Seterusnya video juga menunjukan kediaman tersebut turut dicat semula bagi menyuntik suasana baharu, segar dan kemas.
Di penghujung video, menunjukkan timbunan barangan yang dibuang dan dilonggokkan di hadapan rumah bagi memudahkan pekerja pembersihan memungutnya.
Terdahulu, wanita itu memuat naik video dengan tajuk, POV : Bila Mak & Ayah kau ada ‘hoarding disorder’ serta kapsyen memberitahu akan dimarahi mak ayah cuba untuk mengemas barang milik orang tuanya.
“Mak Ayah siapa macam ni jugak? Jangan kata tak tolong kemas. Kemas confirm kena marah.”
@aainaa.nordinApa itu minimalist?? Mak Ayah siapa macam ni jugak? 🤭 Jangan kata tak tolong kemas. Kemas confirm kena marah 😅 ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
NETIZEN KONGSI PENGALAMAN
Sementara itu, dalam ruangan komen Rata-rata netizen memberikan komen bahawa mereka juga turut melalui situasi yang sama. Antara komen adalah
“Pernah aku sewa tong roro kemas rumah mak aku.. mak aku smpai menangis2 merajuk dgn aku.. smpai dia ckp lpas ni org dtg takde cawan dah nk minum.”
“Bila dah buang ni la baru diorang akan tnya “nampak tak mangkuk biru kaca tu?” pdhl dah 20thn tak guna pun.”
“Rumah mil sy gile penuh brg. stor shj besar rumah ppr.buka pintu x lepas nk masuk,serba mak nenek brg ad dlm tu.sy geram nk kemas.tp itula,rumah org.”
“Saya buat camni kat rumah mak sy, lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak2 nak halau dia 😂”
KONGSI TIP ELAK JADI ANAK DERHAKA
Selain itu ada juga berkongsi tip, untuk mengelak tuan punya barang marah atau merajuk apabila mendapati barang kesayangan dah tak ada. Antaranya
“Tips bagi mak yg merajuk kalau kita buang brg dia. Bgthu dia “mak stiap brg kt rumah ni akn dihisab wlupun sekecil pin, sy tknk melambatkan.
“Nice. Ini antara taktik. Jangan mengemas depan diorang. Nanti semua takleh buang .”
“Pernah adik bradik buat kat rumah mak ayah cmne.dibuang ehh smua.merajuk org tua sbb btahun2 mereka buat harta kot.perasaan mereka kena jaga jugak.”
“Yang ni betul. kak ipar saya je berani kemas dapur mak. kita anak kandung perempuan pertama takut wey!dia sakit hati takut kena cop anak derhaka.”
Apa pun usaha yang dilakukan oleh keluarga ini begitu inspirasi. Sikap sepakat dan kerjasama untuk ‘make over’ rumah ibu ayah dengan ikhlas membuatkan keluarga ini dikagumi dan telah memberi idea kepada keluarga lain untuk melakukan perkara yang sama.
Sumber: TikTok aainaa.nordin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source