Cuma kumpul dana amal & promosi Johor, penganjur acara larian nafi sokong geng pelangi
Cuma kumpul dana amal, penganjur acara larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, di sini semalam menafikan dakwaan mempromosikan unsur seksualiti.
Presiden Johor Baru Hash House Harriers, A Magendran, menjelaskan tujuan acara tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana amal dan mempromosikan negeri Johor, khususnya Desaru.
“Larian ini semata-mata untuk keseronokan dan kebajikan.
“ami tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual—ia hanyalah larian,” kata Magendran seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Cuma kumpul dana amal
Katanya lagi, larian tersebut hanyalah semata-mata untuk keseronokan dan kebaikan, sekali gus menjelaskan pendirian tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual.
Jelasnya, larian amal bertemakan ‘Red Dress Run’ itu adalah tradisi Hash House Harriers sejak 1968, di mana peserta memakai pakaian bertema merah.
Ujarnya, para peserta berkenaan bukan berpakaian begitu untuk mempromosikan atau menyokong LGBTQ+, selain pihak polis telah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga mereka.
“Kami hanya fokus untuk memastikan acara berjalan lancar dan terlepas pandang mengenai pakaian para peserta. Larian ini disertai lebih daripada 2,000 peserta.
“Kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Ia hanya satu kesilapan,”ujarnya.
Tambah Magendran, pihakya berjaya mengumpul RM10,100, yang akan didermakan kepada kanak-kanak spastik kuadriplegia cerebral palsy melalui persatuan di Johor Bahru.
Artikel lain: YouTuber tunjuk kereta remuk lepas kemalangan, netizen lebih kasihan lori yang dilanggar
Terdahulu, Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata suspek yang berusia antara 39 hingga 70 tahun, ditahan di sebuah hotel di daerah itu kira-kira jam 10 malam tadi.
Polis turut merampas pakaian dan aksesori dipercayai dipakai atau digunakan mereka ketika larian itu, termasuk sehelai sari merah, sehelai skirt merah, tiga keping kadbod berwarna perak serta sebatang tombak tiruan berwarna perak.
Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif sebarang jenis dadah dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Siasatan awal mendapati mereka adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Sumber: Malaysia Kini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source