Adik Fattah Amin kongsi hukum mengumpat -“Berat dosanya, jangan bangga kecam orang..”
Adik Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan kongsi petikan nasihat kepada umum disaat abangnya itu sedang bergelut dalam konflik penceraian bersama aktres Nur Fazura, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Raihan di Insta-storynya, petikan nasihat yang dikongsikan berkaitan hukum ghibah apabila seseorang berbicara mengenai kehidupan individu lain.
Adik Fattah Amin
Artikel lain: Buka aib bekas suami? Fazura boleh dipenjara, langgar perintah mahkamah
“Bagi yang ada kemampuan untuk halang orang sekeliling kita daripada ghibah (mengumpat), halanglah.
“Ia sungguh, jauh lagi besar dan berat dosanya daripada dosa-dosa orang yang dikata kalau pun benar apa yang dikata,” kata petikan itu.
Bukan itu sahaja, perkongsian itu turut menegaskan umat Islam perlu menghindari daripada perbuatan yang tidak memberi apa-apa manfaat serta tidak disukai Nabi Muhammad seperti mengambil tahu mengenai hal rumah tangga orang lain.
Malah, setiap muslim perlu menjaga lidah serta tangan masing-masing daripada melakukan perkara yang sia-sia dan jangan berbangga mengeji sesama saudara.
Adik Fattah Amin
“Kita kan umat Nabi, jom buat apa Nabi suka dan tinggal apa Nabi larang okay.
“Nabi sayang umat yang tak amik tahu hal rumah tangga orang, tak amik tahu hal orang-orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya. Sebab benda ni Nabi pesan dalam hadith 40, kita dengar cakap Nabi okay.
“Kita kan org Islam, yang sepatutnya orang Islam lain selamat daripada lidah dan tangan kita. Jangan lah bangga pandai kecam orang, Nabi sedih, Nabi tak suka.
“Nabi tak suka, yag suka syaitan, tak akan lah elok-elok jadi umat Nabi, nak tukar jadi umat makhluk terlaknat kan. Jom doakan baik-baik, banyak selawat, banyak istighfar,” tulisnya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, pada Isnin.
Pasangan yang masing-masing membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram @Raihanaminz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source