Pemenang ketiga ‘lucky draw’ Honda Day dakwa dianiaya, belum terima surat enjin K24 Type R
Pemenang ‘lucky draw’ ditempat ketiga yang menerima hadiah berbentuk enjin K24 Type R dalam acara Honda Day 2024 mendakwa dia masih belum menerima surat enjin daripada pihak penganjur yang dikenali sebagai Remy Ampang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aimran Roslan di laman Facebooknya, dia berkata tidak dapat menggunakan enjin tersebut disebabkan tiada dokumen penting berkaitan komponen itu.
Enjin K24 Type R
Artikel lain: SCRUT dakwa BMW F30 Honda Day ada 2 rekod kemalangan ‘High Severity’
“Hadiah ketiga lucky draw Honda Day 2024.
“Katanya enjin K24 ‘Type R’, sampai sekarang tak dapat surat enjin. Siapa yang tahu betul ke ini enjin K24 Type R?
“Pemenang hadiah ketiga pun kena aniaya, surat beranak untuk enjin tu pun tak ada macam mana nak pasang nanti, JPJ tak lepas, enjin wiring pun tak ada untuk test start.. entah-entah tak hidup,” ujarnya.
Dakwa Aimran, enjin yang diterima dalam keadaan teruk dimana tiada minyak, bau busuk dan karat.
Susulan itu, dia memohon agar Remy Ampang jangan berdiam diri dan bertanggungjawab atas hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam acara tersebut.
Enjin K24 Type R
“Bengkel kereta semua tak mahu ambil risiko kang jadi besi buruk ja. Dalam enjin langsung tak ada minyak, bau busuk minyak karat lama ada lah.
“Mohon Remy Ampang bertanggungjawab dengan hadiah lucky draw ketiga ni, jangan buat senyap bro. Lu padu lu bagi surat enjin, ganti hadiah baru!” katanya.
Terdahulu, pihak penganjur Honda Day 2024 telah menggantikan kereta Honda Accord SM4 kepada BMW F30 untuk pemenang ‘lucky draw’ selepas teruk dikecam netizen.
Bagaimanapun, isu itu bertambah hangat apabila SCRUT mendakwa kereta BMW F30 tersebut mempunyai dua rekod kemalangan ‘high severity’.
Sehingga kini, pihak penganjur tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selepas empat hari acara itu selesai berlangsung.
Sumber: Facebook @Aimran Roslan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source