Rakan tak percaya hilang 3 sahabat serentak, hati rasa hancur lihat mayat bergelimpangan
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun memaklumkan dirinya masih tak percaya hilang 3 sahabat baik serentak selepas nahas melibatkan 4 orang pelajar universiti terbabit yang dirempuh kereta jenis utiliti sukan (SUV) semalam.
Rakan sebilik arwah Khairil Anwar
Memetik laporan dari Sinar Harian, Muhammad Hazarul Ashwaq Azhar, 20 yang merupakan pelajar jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan dirinya masih tidak percaya dengan apa yang sudah terjadi semalam.
“Saya masih tak percaya kehilangan tiga sahabat baik sekali gus,” luahnya.
Rakan tak percaya hilang 3 sahabat, hancur hati lihat mayat mereka
Difahamkan, salah seorang mangsa yang meninggal dunia, Khairil Anwar Jamaludin adalah rakan sebiliknya, manakala Ku Adib Aizad Ku Azmi pernah sebilik pada semester satu dan Muhammad Akmal Md Tukirin pula kenalan dan sahabat baiknya di universiti berkenaan.
“Waktu kejadian saya tiada bersama mereka, cuma saya rasa tak sedap hati bila orang beritahu ada kemalangan dekat dengan kampus. Saya cuba telefon ketiga-tiga nombor kawan saya malangnya tidak bersambung.
“Saya diminta oleh beberapa polis untuk mengecam mangsa yang meninggal dunia. Masa nampak motosikal dan mayat bergelimpangan atas jalan tu, hancur hati saya,’ ujarnya.
“Ya ALLAH, betullah semua yang meninggal kawan baik saya, sahabat yang sentiasa ada dengan saya. Saya rasa kehilangan, tak dapat nak gambar dengan kata-kata,” jelas Muhammad Hazarul.
Rakan tak percaya hilang 3 sahabat, belikan roti buat roomate sebelum kejadian
Tambahnya, tiada sebarang perubahan ketara ditunjukkan ketiga-tiga mangsa namun sempat merakam kenangan indah bersama sebelum mereka disahkan meninggal dunia.
Dia memberitahu sempat membelikan roti buat Khairil Anwar Jamaludin sebelum kejadian dan menganggap ia sebagai hadiah terakhir kepada arwah.
“Paling saya sedih rakan sebilik saya, (Khairil Anwar). Saya sedih sangat sebab sebelum dia ‘pergi’ saya sempat belikan dia ‘roti boy’. Itulah hadiah terakhir saya.
“Dia pun ada kongsi pada saya, dia beli baju baru untuk pakai pergi kelas. Dia tanya saya ‘ok’ tak, saya kata ‘ok’. Malangnya dia tak sempat pakai baju tu untuk ke kelas. Dia hanya sempat pakai baju tu depan saya,” katanya.
Artikel: Lepas 7 tahun hilang anak sulung, kini keluar diuji anak bongsu pula maut dirempuh
Mereka ajak makan, tapi tolak sebab penat
Jelas Hazarul lagi, arwah ada mengajaknya keluar makan bersama, namun dia menolak kerana berasa penat dan tidak sangka ia berakhir dengan kejadian tersebut serta tak percaya hilang 3 sahabat.
“Sebelum dia pergi pun, dia ada ajak saya makan bersama tetapi saya tak pergi, saya kata saya penat. Ya ALLAH, saya rasa menyesal sangat tak pergi waktu tu,” ujarnya.
Terdahulu, 4 pelajar UiTM Dungun dilaporkan dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis SUV dipandu seorang wanita dipercayai kurang siuman sehingga mengakibatkan 3 daripada mereka meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, masih dirawat di Hospital Dungun selepas mengalami kecederaan parah.
Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source