Anggap hanya guna populariti kakak, wanita tuntut Auntie Anne’s bayar gaji staf cium roti
Seorang wanita tuntut Auntie Anne’s henti guna populariti kakak dan membayar gaji susulan dipecat disebabkan tular gambar mencium doh sewaktu bekerja.
Menerusi video yang dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Adeline Chang di media sosial, dia meminta bekas majikan kakaknya untuk melunaskan gaji selepas staf tersebut dipecat serta merta atas tindakan tersebut.
Dakwa bekas majikan hanya guna populariti kakak
Difahamkan, Adeline memaklumkan kakaknya, Alice, telah menjalani latihan di cawangan Sungai Wang pada 30 September 2024 dan sepatutnya dibayar gaji namun telah dipecat selepas beberapa gambar dia mencium doh tular.
Dakwa wanita itu lagi, francais terkenal tersebut hanya mengambil kakaknya bekerja semata-mata kerana populariti wanita itu demi strategi pemasaran untu meningkatkan jualan.
“Mereka hanya ingin menggunakan populariti Alice. Mereka tidak pernah berniat untuk memberikan pekerjaan yang tetap kepadanya,” ujar.
Minta henti guna populariti kakak, tuntut segera gaji
Dalam pada Adeline juga menggesa supaya bekas majikan kakaknya melunaskan bayaran gaji yang sepatutnya diterima walaupun sudah dipecat.
Artikel lain: JAKIM ambil serius, sahkan roti jenama Ikhwan tiada sijil halal
Kongsi gambar cium doh roti
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan beberapa gambar yang dimuat naik ke media sosial tindakan seorang staf yang bekerja di francais tersebut dimana mencium doh roti sewaktu bekerja.
Disebabkan itu, pihak Auntie Anne’s terpaksa menutup sementara cawangan tersebut dan pekerja berkenaan diberhentikan serta merta selepas tularnya gambar itu.
Sumber: FB sakura sakura
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source