Haqiem Stopa serah mas kahwin RM77,777.77, perbelanjaan majlis cecah 6 angka
Pempengaruh kontroversi, Haqiem Stopa serah mas kahwin RM77,777.77 berserta senaskah al-Quran kepada pasangannya sewaktu majlis pernikahan mereka di Kdh Villa, Sungai Buloh pada Sabtu.
Memetik laporan dari Mstar, Haqiem menyatakan yang dia tidak memberikan wang hantaran, tetapi hanya mas kahwin semata-mata disamping barang kemas buat isteri.
Haqiem Stopa serah mas kahwin tiada hantaran, kos 3 majlis cecah jutaan ringgit
Pempengaruh yang pernah menerima jolokkan ikon permotoran itu turut menyatakan bahawa perbelanjaan untuk perkahwinannya bersama pempengaruh media sosial, Aireena Sofia mencecah enam angka melibatkan tiga majlis iaitu malam berinai (Jumaat), akad nikah dan resepsi yang berlangsung pada Ahad.
“Saya tak nak digelar riak beritahu jumlah untuk kos perkahwinan kami. Saya cuma boleh cakap perbelanjaan tu cecah enam angka saja.
“Saya tak serahkan wang hantaran, cuma bagi duit mas kahwin semata-mata. Selain itu saya bagi cincin dan gelang kepada Aireena,” ujarnya.
Haqiem Stopa serah mas kahwin RM77,777.77, kenal isteri cuma 3 minggu
Bercerita tentang perkenalan mereka, Haqiem atau nama sebenarnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 24 menyatakan pada awalnya mereka hanya berurusan atas hal perniagaan sahaja.
Namun, selepas tiga minggu perkenalan tersebut, mereka memutuskan untuk melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius.
“Saya mula kenal Aireena masa minta dia buat reviu baju yang saya jual. Saya mesej dia melalui direct message di Instagram minta rate card.
“Saya tak berniat pun nak ngurat dia atau jadikan isteri sebab dia banyak kali ghosting (tidak layan) saya. Sebenarnya dia pun tak nak dekat saya masa mula-mula kenal tu.
“Tapi lepas lebih kurang tiga minggu berkawan, kami putuskan untuk berkahwin. Kebetulan saya baru saja putus hubungan dengan bekas kekasih,” ceritanya.
Artikel lain: Haqiem Stopa tak lumba haram, cuma lepak dengan geng ‘towing’
Tak pernah keluar berdua hingga melamar
Jelas Haqiem lagi, mereka tidak pernah keluar berdua sehinggalah hari dia melamar Aireena Sofia memandangkan wanita itu kerap ditemani ahli keluarga setiap kali ingin berjumpa.
“Aireena ni ada ibu bapa yang cukup tegas. Selama ni kalau saya nak serah barang reviu pun kami berjumpa tepi jalan sambil ditemani mak ayah. Lepas serah barang, terus balik.
“Kami ada juga keluar bersama tapi selalunya ada kakak dia teman. Cuma hari nak lamar dia tu, saya ajak dia makan malam berdua. Lepas bagi cincin tanda malam tu, dia bersetuju nak kahwin
“Jadi kami pun bertunang pada awal Ogos selepas dapat persetujuan kedua-dua keluarga. Tak sangka tempoh perkenalan singkat ni berakhir dengan perkahwinan,” katanya.
Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut memaklumkan yang mereka mengikat tali pertunangan pada Ogos tempoh hari.
Dia menyatakan antara sebab dirinya terpikat dengan isteri adalah penampilannya yang cukup bergaya kerana pandai mengikut trend terkini.
Di akhir perkongsian tersebut, Haqiem Stopa berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan perkahwinan bersama pilihan hati.
Sumber: Mstar, TikTok haqiemstopa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source