Pilih Taiwan Untuk Bercuti, Wanita Ini Kongsi Tempat Cantik dan Makan Best Kat Sana!
Ada plan nak bercuti ke negara orang, Taiwan adalah salah satu pilihan tepat untuk anda merasa tempat menarik.
Nak tahu apa yang best di sana, jom baca pengalaman Puan Jaytea Abdul sepanjang dia ke Taiwan. Katanya memang sangat-sangat underrated!
Percutian ke Taiwan
Jadi anda yang masih mencari temnpat percutian best akhir tahun, mungkin boleh ke Taiwan pula. Letak tepi kejap Korea. Taiwan tak kurang hebatnya, okay. Cuma yang memang cari salji, boleh skip Taiwan. Kami pergi masa winter pun paling sejuk it could get was 14 degree celcius.
Our highlight of the trip masa pergi Hualien, Taroko Gorge National Park, The Flying Cow Ranch, Miaoli and pergi kelas baking tart nenas dekat Taipei. Jadi basically semua tempat pun highlights of the trip.
Taroko Gorge sangat cantik. Sungai color emerald green, pemandangan gunung-ganang cantik.
Selain itu, Jiufen, Shifen dengan Yehliu Geopark pun cantik. Tapi touristy sangat. Bila dah tengok waterfall cantik dengan Taroko, tengok Shifen waterfall tu rasa biasa-biasa sahaja tapi it was still a fun visit!
Orangnya Sangat Peramah
Orang Taiwan sangat-sangat friendly. Bak kata Chinese Malaysian yang kami terserempak masa dekat Taroko yang dah repeat Taiwan 5 kali, friendliness itu memang culture orang Taiwan. Not even once ye kitaorang kena pandang pelik-pelik, kena marah ke. Kalau tak tahu Mandarin, diaorang sangat extra keluarkan phone dan guna google translate.
Tandas Bersih
Rezeki kami dapat travel naik train jarak jauh coach baru. Toilet bersih berkilat, seat pun luas dan selesa. Ada sekali naik train lama, toilet cangkung tapi tak ada lah kotor. Basically okay sangat selesa.
Tengok toilet sangat-sangat accessible dan bersih! Almost semua toilet kami pergi bersih dan kering, tak ada bau pun even dekat taman awam. Cuma macam biasa, tak ada bidet so bawalah botol atau portable bidet sendiri.
Soal Makanan Halal dan Sedap
Makanan halal tak ada lah senang tapi tak juga susah nak cari. Saya stay nearby halal eatery, jadi selalunya memang dah plan siap-siap beli makanan extra untuk lunch dinner sekali. Paling-paling pun kami makan sweet potato rebus beli dekat 7eleven.
Dekat Main Taipei, sepanjang Exit Y20-26 tu ada Little Jakarta. Banyak kedai halal indonesia. Tapi kena cek waktu kedai-kedai ni buka sebab hidup dekat Taipei laid-back. Selalunya kedai buka pukul 11.30am sampai 6pm sahaja.
Ini antara makanan menarik yang boleh dapat di sana, macam-macam pilihan boleh dapat.
Sempat Buat Baking Class
Dekat Taipei, kitaorang join another baking class. This time buat tart nenas! Dia ajar daripada adun dough, bakar, packaging semua.
Cottage selesa and cantik, malam-malam disediakan activity DIY which kitaorang punya dapat baking class buat macaroons.
Lawat Kawasan Tenang di Ladang
Flying Cow Ranch tu is one of the top farm tourism Taiwan. Kawasan besar sangat dan kena jalan kaki most of time tapi cantik kiri kanan depan belakang.
Esok pagi seawal 7 pagi dah tengok lembu nak hand-milk lembu-lembu. Ada kambing boleh feed, butterfly farm, ducks.
Specialnya tempat ini, sarapan boleh request halal food. Kitchen, pinggan halal separate dgn lain. Makanan dekat sini mostly dibuat daripada susu lembu-lembu from their own farm. Even shower gel from susu lembu situ. We had so much fun jugak dekat sini. Rugi rasa tidur semalam sahaja.
Dari bandar ke tempat ladang, nampaknya semua menarik! Jadi, jomlah kita merasa pergi ke Taiwan pula. Pasti tak menyesal!
Nota: Ada banyak tempat kena jalan kaki especially taman negara. Some tempat memang tak recommended untuk kanak-kanak dengan orang tua.
Tetapi, mereka tetap boleh enjoy the view from the waiting/parking area. Still enjoyable!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source