Sedap & Mudah. Resipi Kek Pisang Blender Perisa Coklat & Original
Siapa penggemar Bangkit Cheese, kalau suka dan tak sempat beli kerana PKP semula menjadikan pergerakan anda terbatas. Ini ada resipinya mudah, sukat bahan guna cawan je dan bahan pun senang. Apa lagi korang ikut je resipi yang dikongsikan ini, gerenti jadi dan kuih raya dah ada.
BANGKIT CHEESE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung ubi | sangai sehingga tepung menjadi ringan
3 cawan tepung jagung
1 ketul mentega
250gm cream cheese
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 ketul cheese cheddar.
CARA MEMBUAT:
- Ayak tepung ubi yang telah disangai bersama tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan cream cheese, esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati dan kembang.
- Kemudian masikkan tepung sedikit demi sedikit.
- Putar seketika dan uli guna tangan hingga menjadi doh tidak melekat di tangan.
5. Parutkan cheese cheddar dan gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.
6. Biarkan doh beberapa minit baru canai dan terap dengan acuan.
7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Kemudian bakar pada suhu 170C selama 30 minit, ( bergantung pada ketuhar masing-masing).
8. Setelah masak keluarkan dari ketuhar, setelah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: SuiSan Aliezsha
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source