Adik Alisa bebas kanser mata tahap 4, selesai jalani tujuh cycle kimoterapi!
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh cycle kimoterapi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio, era.je di laman Instagram, pelakon dan pengacara Elly Mazlein telah berkunjung ke kediaman adik Alisa yang terletak di Labis, Johor.
Dalam perkongsian itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berjumpa dengan keluarga adik Alisa untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
“Alhamdulilah! Adik Alisa dah selesai tujuh cycle chemotheraphy dan doktor kata dah tiada kanser kat mata adik Alisa,” ujar era.je di ruangan kapsyen.
Elly yang turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kesukaan adik Alisa telah meruntun hati warganet.
Artikel lain: Bayi hidap kanser mata tahap 4, minta duduk dalam peti ais setiap malam akibat kimoterapi
Adik Alisa bebas kanser
Netizen syukur, adik Alisa sudah bebas kanser
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur adik Alisa sudah bebas daripada penyakit tersebut selepas mengalami pelbagai dugaan serta kesakitan selama ini.
Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas video siaran live bersama TikToker popular, Asraf Jaafar atau AcapS menjadi tular.
Bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak pempengaruh tersebut serta warga maya.
Nur Hisham berkata Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.
Adik Alisa bebas kanser
Sumber: Instagram @era.je
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source