Rancang pakai tudung umur 40 tahun, Nora Danish luah cemburu lihat wanita lain berhijab
Pelakon Nora Danish luah cemburu lihat wanita lain berhijab kerana dia sebenarnya telah lama merancang mahu memakai tudung ketika pada usia 20-an dan menyasarkan mahu berhijab sekitar umur 40 tahun.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Reah Zahra telah berkongsi potongan podcast yang memaparkan Nora, pelakon Neelofa dan usahawan Natasah Ozeir.
Nora Danish luah cemburu lihat wanita lain berhijab
Pada video itu, Nora berkata ketika dia berumur 20-an, pelakon itu menetapkan dia akan mengenakan hijab sekitar umur 40 tahun.
Bagaimanapun, selepas mencecah umur tersebut dan masih belum mengenakan hijab, Nora tertanya apa yang dia telah lakukan sehingga masih belum berubah.
“Dari dulu, masa 20-an saya ada sasaran. Umur dah 40 tahun ni, saya mesti dah bertudung, memang dah buat sasaran tu la. Bila sampai 40 tahun, rasa macam kenapa masih belum berubah lagi. Apa yang salahnya?” katanya.
Sejak daripada itu, pelakon berusia 42 tahun itu seringkali berasa cemburu apabila melihat wanita yang bertudung dan individu-individu yang dekat dengan agama.
“Jadi daripada situ saya dah mula cemburu dengan orang yang bertudung, cemburu dengan orang yang add kesempurnaan hidup dari segi agama,” ujarnya.
Sudah lama rancang berhijab, Nora Danish luah cemburu wanita lain berhijab
Sejak daripada itu, Nora telah menjinak-jinakkan diri untuk menyertai kelas agama yang dianjurkan oleh rakan selebriti, Betty Rahmad.
“Jadi saya secara perlahan-lahan pergi kelas tadabbur yang dibuat oleh Betty Rahmad. Balik dari kelas tadabbur tu, rasa macam malu sebab diri masih tak berubah,” luahnya.
Tambahnya, sebelum penceraiannya dengan bekas suami Nedim Nazri, Nora telah berdoa agar dia diberikan rasa untuk mencintai dan dicintai Allah SWT.
Artikel lain: Satu sen pun tak minta! Nora Danish tertarik perwatakan bekas suami, bukan pandang harta
“Sebelum penceraian tu, saya memang dah mula berdoa kepada Allah. Saya tak berdoa untuk minta rezeki tapi saya hanya berdoa kepada Allah, saya nak mencintai Allah, nak Allah cintai saya dan nak saya semakin dekat dengan Allah.
“Saya tak nak minta lain dah, saya nak fokus kepada Allah. Setiap hari saya doa benda yang sama tanpa henti selama empat tahun,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa kesyukurannya kerana apabila penceraiannya berlaku, Allah telah mempermudahkan proses perpisahan pelakon itu dan suaminya.
“Bila jadinya perceraian tu, memang saya fokus pada Allah. Memang Allah permudahkan penceraian tu. Penceraian kami berlangsung dalam masa yang singkat,” katanya.
Namun begitu, apa yang membuatkan Nora tekad untuk terus istiqamah dalam penghijrahannya adalah apabila Nedim dimasukkan ke dalam hospital.
“Saya redha dan selepas dua hari keluar mahkamah tu, Nedim terus masuk hospital. Jadi bila Nedim dalam bilik operasi tu, dia dekat je dengan saya.
“Saya di luar bilik tu, saya seorang. Saya tengok je pintu tu. Seumur hidup saya, ini pertama kali saya tatap pintu tu selama dua jam setengah.
“Saya nangis, saya rasa sangat takut dan sedih. Masa dua jam setengah tu, saya doa kepada Allah, saya rasa ini dugaan untuk saya. Mungkin sebab saya tak jadi hamba yang tak beriman,” kongsinya.
Nora Danish luah cemburu wanita lain bertudung
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazari pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6, namun berpisah pada 19 Jun 2024.
Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006.
Sumber: TikTok Rhea Zahra
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source