Cantik & cukup sempurna! Shahz Jaszle setia, tiada masa duakan isteri
Pelakon Shahz Jaszle setia dan tidak terdetik hati untuk menduakan isterinya, Nur Hanis Husna meskipun sering digandingkan dengan aktres jelita dan muda.
Aktor berusia 36 tahun itu menzahirkan rasa syukur kerana isterinya sangat memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.
Shahz Jaszle setia
Shahz atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin juga menyifatkan isterinya seorang wanita yang cantik sangat sempurna.
“Apabila berada dalam bidang ini, pasti khalayak terfikir mustahil saya tidak tertarik hati dengan pelakon wanita muda dan cantik. Macam gandingan dalam drama Senyawa iaitu Trisha Ooi dan Siti Hariesa.
“Bagi saya, isteri saya seorang wanita cantik dan cukup sempurna. Malah, saya sangat bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon,”katanya.
Katanya lagi, dia juga akan terus pulang ke rumah dan tiada masa untuk berfoya-foya sebaik sahaja tamat menjalani penggambaran pada hari tersebut.
“Usia begini sudah tidak sesuai lagi untuk kehidupan begitu. Masa sudah berubah dan kita juga perlu berubah,”katanya lagi.
Isteri urus kerjaya, rumah tangga
Dalam pada itu, Shahz turut berterima kasih kepada isterinya kerana cekap menguruskan kerjaya seninya dan keluarga.
“Isteri saya yang menguruskan kerjaya seni saya. Dia menjaga anak-anak malah anak sulung kami iaitu Alana Jasmeen juga aktif dalam bidang lakonan.
Jadi, jika ada penggambaran dia akan bersama Alana dan anak ketiga kami, Aurora Jane sambil dibantu ahli keluarga lain. Sementara saya pula akan menjaga anak kedua kami, Ayden Jasreen.
“Kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya buat sendiri termasuk urusan hantar dan ambil anak dari sekolah.
Bagi saya, memiliki seorang isteri yang cantik dan boleh menguruskan rumah tangga serta anak-anak dengan baik itu bonus. Itu satu pakej yang baik dan saya sangat bersyukur,” ujar Shahz Jaszle.
Artikel lain: Shahz Jaszle sifatkan Sophia AlBarakbah wanita lemah lembut -“Mungkin lelaki ingat dia suka pada mereka”
Sekadar info, Shahz mendirikan rumah tangga dengan Nur Hanis Husna pada 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan Aurora Jane yang kini berusia empat bulan.
Sumber: Hib Glam (Fadila Awaludin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source