Masih jelita pada usia 52 tahun, Sofia Jane tak ambil makanan proses & segera
Bagi memastikan tubuh badannya kekal cergas, pelakon veteran, Datin Sofia Jane mengutamakan berkaitan penjagaan diri luaran dan dalaman.
Menurut laporan Media Hiburan, Sofia mahu memastikan kesihatannya dalam keadaan baik memandangkan perlu menjalani tempoh penggambaran yang panjang tambahan pula usianya kini sudah mencecah 52 tahun.
Sofia Jane
Artikel lain: Bergaya dengan dress putih, penampilan Maria Farida di pantai macam anak dara!
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan.
“Saya merasakan pada usia saya sekarang, apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri.
“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya.
“Kalau anda cakap saya cantik, terima kasih,” katanya.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Perempuan, Isteri dan…ini turut menitipkan nasihat kepada rakan industri agar bijak dalam menguruskan masa bagi mendapatkan rehat secukupnya.
Sofia Jane
“Buat wanita seusia saya terutamanya yang berkecimpung dalam dunia seni, tahap kesihatan kita kena sentiasa berada di tahap terbaik.
“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.
“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan kita belajar, membaca dan memahami skrip. Ada banyak perkara yang kita perlu proses,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sofia turut memberitahu dia tidak mengambil makanan proses dan segera selain mengamalkan gaya hidup yang sihat pada setiap hari.
“Setiap hari, bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.
“Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera.
“Pada saya, untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” tambahnya.
Terdahulu, Sofia berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source