Ada cecah RM10,000, netizen terkejut elaun diterima pelajar IPT dalam sebulan
Perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai scholarrzz tentang berapa jumlah elaun yang diterima oleh beberapa pelajar IPT telah mengejutkan netizen apabila ada cecah RM10,000 sebulan.
Menerusi video tersebut, kebanyakan mereka memperoleh elaun dari biasiswa, pinjaman dan juga pemberian ibu bapa bagi setiap bulan.
Tanya tentang elaun diperoleh sebulan
Sudah tentu pendedahan daripada beberapa pelajar Institut Penganjian Tinggi (IPT) yang ditanya mengejutkan banyak pihak kerana memperoleh elaun yang cukup banyak setiap bulan seperti menyamai mereka yang sudah bekerja.
Paling membuatkan netizen’ terbeliak biji mata’ sudah tentu pengakuan pelajar yang menerima RM10,000 serta beberapa jumlah yang agak tinggi setiap bulan bagi menampung pengajian mereka di IPT.
“Disebabkan saya dapat biasiswa dan diberi oleh ibu bapa, campur dua-dua lebih kurang RM10,000,” ujar salah seorang pelajar yang ditanya.
Ada pelajar IPT kata RM3,000 baru cukup untuk kehidupan sebulan
Selain itu, ada juga yang memaklumkan mungkin RM3,000 baru mencukupi untuk menampung kehidupan pelajar sekarang.
Namun begitu, kebanyakan daripada responden menyatakan bahawa sekitar bawah daripada RM1,000 cukup sahaja untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi di kawasan bandar.
Video tentang pelajar IPT tu memang tanya tentang elaun sebulan
Walaupun ada yang mendakwa terdapat salah faham dalam pertanyaan yang diberi serta jawapan yang dikongsi di TikTok, namun pemilik akaun terbabit menegaskan dirinya mempunyai rakaman asal bagi membuktikan pendedahan-pendedahan yang dinyatakan oleh para pelajar berkenaan.
Artikel lain: Tiada duit, pelajar pakai kasut lusuh, kotor & tapak berlubang ke sekolah
Dulu RM500 pun dah rasa banyak
Menjengah ke ruangan komen, sudah tentu ramai yang terkejut dengan jumlah elaun yang diterima sesetengah daripada mereka kerana hampir menyamai gaji mereka yang sudah bekerjaya.
Ada juga daripada netizen yang berasa gusar dengan kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan nanti apabila sudah bergelar pelajar memandangkan perbelanjaan mereka yang begitu besar.
“Macam manalah anak2 aku nanti”
Banyak tu boleh beli kereta kot
Elaun pelajar IPT je macam dah gaji basic
Apa-apa pun, setiap yang mereka peroleh mungkin rezeki untuk mereka memandangkan ibu bapa sudah membuat tabungan sendiri bagi mempersiapkan anak-anak untuk menimba pelajaran.
Buat mereka yang ingin memperoleh lebih dalam elaun setiap bulan, boleh sahaja memohon biasiswa ataupun pinjaman pelajaran yang sentiasa memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Sumber: TikTok scholarrzz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source