Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia kerana mereka menghormati orang lain dan tutur kata mereka yang lembut.
Menerusi satu hantaran di TikTok, affendyjailani telah memuat naik video tangkap layar siaran langsung Ameera berkenaan lelaki pilihannya.
Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia
Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, buat masa sekarang, dia masih mencari jejaka pilihan hatinya kerana dia masih muda.
“Ya, sekarang saya masih mencari orang yang betul. Saya masih muda, saya baru 23 tahun. Saya tak boleh nampak seorang lelaki dan kata dia adalah jodoh saya.
“Tak, perlu kenal beberapa orang dulu dan tentukan sama ada dia ada potensi, boleh jadi kawan atau langsung tak boleh pakai,” katanya.
Dalam pada itu, adik kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa itu turut mengakui dia lebih tertarik dengan jejaka dari Indonesia.
Katanya, lelaki dari Indonesia lebih romantik dan lemah lembut ketika berbicara dengan wanita disamping tidak bersifat ‘toksik’.
“Mungkin jodoh saya dari Indonesia, Mesir atau Malaysia. Orang Indonesia baik-baik. Orang Malaysia pun sangat baik dan saya kenal ramai orang Malaysia.
“Tapi orang Indonesia tu sangat ‘soft spoken’, sangat penyayang, sangat memahami dan sangat mengambil berat. Dorang tak bersikap toksik,” ujarnya.
Akui masih single, Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia
Bagaimanapun, menurut Ameera, mengikut pengalaman sendiri, walaupun orang Malaysia sangat penyayang dan melindungi, mereka boleh menjadi toksik menerusi sikap itu.
Artikel lain: Ameera Khan dedah belum berpunya, dengar nasihat ibu perlu ada 8 ‘boyfriend’
“Kalau Malaysia, mengikut pengalaman saya sendiri, saya tak cakap semua. Bila mereka mencintai dan melindungi, mereka mula jadi toksik. Tapi lelaki Indonesia ‘best’. Mereka sangat menghormati. Cara dorang panggil pun sangat romantik,” luahnya.
Ameera Khan tertarik pada lelaki Indonesia
Tidak cukup dengan itu, Ameera juga berkongsi jika seseorang wanita mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki Malaysia, mereka akan memanggil nama yang biasa.
“Contohnya teman wanita dengan orang Malaysia, dorang panggil ‘My Love’, ‘Baby’, ‘Sayang’.
“Tapi kalau lelaki Indonesia, dorang macam ‘Hi cinta, sedang buat apa cinta hatiku’. Ya tuham saya sangat suka dipanggil begitu,” kongsinya sambil ketawa girang.
Sebelum ini, Ameera didakwa sedang bercinta dengan pelakon Merqeen dan juga pelakon terkenal dari Indonesia, Jefri Nichol namun begitu, baru-baru ini pempengaruh itu dilihat telah berkongsi foto mesra bersama seorang jejaka di London.
Sumber: TikTok affendyjailani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source