24 Jun, Hari Dimana Siam Menjadi Tanah Orang Thai
Genap 85 tahun yang lalu pada tanggal 24 Jun 1939, sejarah Thailand mencatat satu peristiwa penting yang mengubah identiti negara ini secara rasmi.
Pada hari ini, kerajaan yang dipimpin oleh Field Marshal Plaek Phibun Songkhram mengumumkan bahawa Siam ditukar kepada Thailand.
Pengumuman ini dibuat melalui Mandat Kebudayaan Nombor 1 yang menyatakan bahawa negara ini akan dipanggil ‘Thailand’ dan rakyatnya sebagai ‘Thai’.
Perubahan ini bukan sahaja signifikan dari segi nama, tetapi juga mencerminkan perubahan mendalam dalam politik dan budaya negara tersebut.
Sebelum ini, orang Thai sendiri selalu menyebut negara mereka sebagai “Meuang Thai”, tetapi kepada orang luar, mereka dikenali sebagai Siam.
Nama Siam pertama kali muncul dalam inskripsi Cham pada abad ke-11 dan digunakan dalam rekod-rekod awal dan catatan diplomatik China. Walaupun begitu, istilah ini tak digunakan oleh penduduk tempatan untuk merujuk kepada negara mereka.
Ketika negara-negara Eropah mula berhubung dengan Siam pada abad ke-19, mereka membawa konsep “negara-bangsa” yang berbeza yang memerlukan sempadan yang jelas dan identiti bangsa yang tertentu.
Konsep ini mula diterima oleh kerajaan Siam di bawah pemerintahan Raja Chulalongkorn yang secara aktif memetakan dan mendefinisikan sempadan negara dengan jajahan British dan Perancis.
Pada tahun 1932, monarki mutlak Siam digulingkan oleh “Parti Rakyat”, sebuah gabungan elit tentera dan sivil yang bukan daripada keluarga diraja.
6 tahun kemudian, Field Marshal Plaek Phibun Songkhram, seorang pemimpin dari golongan tentera menjadi Perdana Menteri. Dalam suasana politik global yang dipenuhi dengan semangat nasionalisme, Phibun percaya bahawa hanya negara besar yang kuat akan bertahan.
Beliau menggalakkan idea bahawa Siam pernah menjadi sebuah negara yang lebih besar sebelum kehilangan wilayah kepada kuasa kolonial.
Perubahan nama kepada Thailand ini juga dipengaruhi oleh ketegangan etnik dan ekonomi. Pada akhir abad ke-19 dan 1920-an, imigrasi besar-besaran orang Cina ke Siam menimbulkan kebimbangan tentang pengaruh ekonomi mereka.
Kerajaan Siam mula mengambil langkah untuk mengehadkan pengaruh komuniti Cina dengan menyekat sekolah, menutup bank yang menghantar wang ke China dan menasionalisasi industri pengilangan padi.
Dalam konteks ini, menukar nama negara kepada Thailand adalah satu usaha untuk menegaskan identiti negara ini sebagai tanah untuk orang Thai.
Pada 24 Jun 1939, sempena ulang tahun ketujuh revolusi 1932 yang menggulingkan monarki mutlak, kerajaan Phibun mengumumkan Mandat Kebudayaan Nombor 1.
Mandat ini menetapkan bahawa:
1. Negara ini akan dipanggil ‘Thailand’
2. Rakyat dan kewarganegaraan dipanggil ‘Thai’
Keputusan ini diambil dalam mesyuarat kabinet pada 8 Mei dan walaupun mendapat tentangan, ia diluluskan oleh Phibun dan Wichit. Dengan mengumumkan perubahan nama negara melalui mandat kebudayaan, Phibun mengelakkan perdebatan panjang di Dewan Negara.
Mandat ketiga dan kesembilan yang dikeluarkan selepas itu menegaskan lagi bahawa semua rakyat adalah satu bangsa Thai tanpa membezakan asal usul atau dialek.
Semua orang yang lahir sebagai rakyat Thai mempunyai darah Thai yang sama dan bercakap bahasa Thai yang sama. Ini adalah usaha untuk menyatukan semua rakyat di bawah satu identiti kebangsaan yang kukuh.
Dan sehingga hari ini, mereka kekal sebagai Thailand.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang yang meminati budaya tamadun, mesti teruja nak baca TAMADUN UNTUK PEMULA. Buku ni akan jadi pintu untuk korang selam lagi banyak tamadun di dunia yang mempesonakan korang! Klik: https://shope.ee/9ewudsn58J
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source