Alice Chang dakwa hamil anak kepada Datuk Seri
Alice Chang dakwa hamil anak kepada suami orang yang berstatus Datuk Seri telah berjaya tarik perhatian ramai.
Dia mendedahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan wartawan sewaktu menemani adiknya, Adeline ke mahkamah kerana disiasat oleh SKMM di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali.
Alice Chang dakwa hamil
Artikel lain: Baru sehari, Alice Chang berhenti kerja, dakwa terima gaji tak setimpal
Alice memberitahu dia kini hamil anak kepada Datuk Seri namun, maklumat berkaitan individu terbabit tidak dimaklumkan kepada media bertugas.
Dakwanya, hubungan mereka dalam keadaan baik dan memohon agar tidak mendedahkan perkara itu kepada umum memandangkan Datuk Seri itu sudah mendirikan rumah tangga.
Alice Chang dakwa hamil
“Kami baik. Hubungan kami stabil, tidak seperti yang diperkatakan oleh netizen.
“Memandangkan Dato Seri sudah berkahwin, tolong jangan didedahkan kepada umum,” dedahnya.
Hari ini, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 kepada Adeline kerana membuat hantaran jelik di Facebook terhadap seorang kanak-kanak lelaki lima tahun.
Terdahulu, kisah Alice mula tular di media sosial apabila dia dipecat serta merta dari Auntie Anne’s di cawangan Mid Valley selepas bertindak mencium doh roti di premis berkenaan.
Sumber: Astro Gempak (Khairil Khusyairi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source