Empat tahun sulam cinta, rona putih & merah hangatkan kasih pewaris Zaitun
Empat tahun menyulam cinta, pewaris Zaitun, Nizam Datuk Seri Mohd Kamal Teh, 27, kini menyimpulkan ikatan kasih bersama pilihan hati, Norizzati Muhamad Noor, 29, pada 10 Oktober lalu di Astana Bamboo Hills.
Nizam yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (CEO) jenama Zaitun melangsungkan perkahwinan dengan persandingan eksklusif yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.
Nizam yang kini menggalas tanggungjawab mengendalikan semula Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. memberitahu, beliau berkawan dengan Norizzati selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 17 April 2024.
“Norizzati seorang wanita yang memahami diri dan karier saya dan menerima seadanya siapa saya.
“Kami berkawan selama empat tahun dan dalam tempoh masa itu digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing dan beliau juga mudah mesra apabila dibawa berjumpa keluarga,”katanya.
Pewaris Zaitun & ‘wedding of the year’
Sama cantik sama padan, pasangan ini memilih rona putih pada hari pernikahan sebagai simbolik kesucian cinta yang terpatri antara dua sejoli ini.
Dengan menggunakan perancang majlis, Zaza dari Merindu Saviour, Nizam berkata, tema putih minimalis ini dipilih melambangkan ianya warna yang cukup sinonim bagi pernikahan.
Setibanya pengantin perempuan melangkah masuk, mata terpaku dengan kecantikan tata rias solekannya dilengkapi busana kebaya putih viel panjang dan sejambak bunga tangan.
Pelamin rona merah jadi pilihan
Pasangan mempelai itu kemudiannya diaraikan dalam majlis cukup indah dan mewah dengan memilih pelamin rona merah cinta dan busana pengantin moden berwarna putih.
Tema pelamin merah cinta dengan kemasan elemen kelopak bunga besar dan dilengkapi bunga-bungaan merah menjadikan majlis ini ibarat ‘Wedding Of The Year’.
Bertambah ekslusif apabila kerusi merah dan nyalaan lilin ditambah sehingga menerbitkan lagi kehangatan cinta yang terpahat.
Menggunakan idea dan gubahan dari hasil seni saudara Abu, Indah Design melengkapkan perkahwinan idaman merpati dua sejoli ini.
Pasangan ini juga memilih kek perkahwinan lima tingkat setara warna pelaminnya iaitu merah cintaa dihiasi dengan bunga-bungaan merah menyerlahkan lagi class dan trendy mengikut citarasa terkini.
Citarasa yang tidak sarat tetapi cukup padat dengan elemen cinta yang dibina menaikkan lagi serlah ketampanan dan kecantikan pasangan mempelai.
Busana resepsi cukup gah
Aura Nizam dan Norizzati juga naik dengan pemilihan busana resepsi rona putih suci yang diperincikan gemerlapan berlian dan alunan viel panjang.
Bagi pengantin lelaki yang menggayakan tuxedo putih riben dan bercelana hitam menyerlahkan lagi sosok seorang lelaki yang punya citarasa tinggi sebagai seorang CEO.
Busana ini begitu kena dengan saiznya yang sederhana dan menampakkan lagi sisi kerjaya korporat perniagaan yang disandangnya, sekali gus membuatkan Nizam Teh pengantin lelaki paling kacak tahun ini.
Sementara itu, busana gaun kembang pengantin yang digayakan oleh Norizzati cukup sepadan dengan postur tubuh dan wajahnya yang manis.
Viel panjang yang beralun melengkapkan busana itu ditambah kemasan perhiasan rantai dan gelang berlian serta gaun kembang dihiasi manik menaikkan lagi raja sehari.
Ditambah senyuman manis dan segar Norizzati pasti membuatkan para tetamu begitu senang dengan polos wajahnya yang cantik.
“Saya mengharapkan agar ikatan yang dibina kekal bahagia dan jika ada rezeki saya mahukan anak yang ramai kerana saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang besar dan punya enam adik beradik.
“Saya menikmati zaman kanak-kanak kerana sentiasa ada adik beradik di sisi. Jadi saya mahu anak-anak juga melalui zaman kecil yang bahagia dan meriah,” kata anak keempat daripada enam beradik ini.
Bukan sekadar mahu bahagia dalam bahtera perkahwinan, tahun 2024 menjadi tahun kebangkitan buat dirinya dan keluarga untuk membina kembali empayar perniagaan yang diwariskan bapanya, Datuk Seri Mohd Kamal Teh.
Untuk rekod, jenama Zaitun dibangunkan oleh Datuk Seri Mohd Kamal Teh dan Datuk Seri Mutiara Haji Dr. Eusuff Teh.
Malah, nama Zaitun itu dipilih oleh datuk Nizam sendiri yang terinsipirasi daripada surah At-Tin.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source