Fattah Amin Bakal Dedah Wajah Sebenar Pak Mat Esok!
“Doa saya tidak pernah putus semoga isteri akan pulih seperti biasa dan selama dia sakit, saya tidak pernah meninggalkannya.”
Begitu kata Roslan Hek, 57, lelaki Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Aring 5, di sini, yang setia ‘berkampung’ di hospital untuk menemani isterinya menerima rawatan selepas terlantar koma akibat penyakit darah tinggi sejak dua bulan lalu.
Mengadu Tak Sihat & Pening Kepala
Roslan berkata, isterinya Hamisah Batu, 40-an, sebelum ini dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai selepas mengadu tidak sihat dan pening kepala.
Menurutnya, wanita itu ditahan wad di hospital berkenaan lebih tiga minggu sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang sehingga kini.
“Saya rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga isteri yang telantar sejak dua bulan lalu selepas mengadu sakit kepala.
“Selain itu, saya juga akan mengelap badan isteri, membuang air kencing dan menukar lampin pakai buang setiap hari. Selama menjaganya, saya tidak pernah meninggalkan dia seorang diri kerana tiada siapa yang boleh saya harap,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Beri Isteri Susu Khas Melalui Tiub
Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia juga memberikan susu khas melalui tiub yang dipasang menerusi hidung isterinya selain perlu membuang kahaknya.
Menurutnya, setiap minggu isterinya memerlukan lebih 10 keping lampin pakai buang, manakala susu yang diberikan kepada isteri adalah sumbangan pihak hospital.
“Semua keperluan isteri seperti lampin pakai buang dan tisu basah menggunakan perbelanjaan sendiri sedangkan saya sudah dua bulan tidak bekerja.
Baca Juga:
Sedihnya! Status FB Suami Reda Pemergian Isteri Sehari Lepas Bersalin, Meruntun Hati Warganet
Hampir 5 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Kekal Positif Untuk TTC Lepas Gugur Anak Pertama Tahun Lepas
Respect! Bakal Timang Cucu Ke-11, Warganet Kagum Semangat Nenek Kejar Impian Dapatkan Ijazah
Belanja RM200 Sebulan Untuk Keperluan Isteri
“Saya perlu membelanjakan sekitar RM200 sebulan untuk keperluan isteri dan adakalanya saya buntu apabila memikirkan kos kewangan.
“Mungkin bagi sesetengah orang nilai RM200 itu kecil, tapi bagi kami orang Asli, kami tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya menjual hasil hutan,” katanya.
Katanya, sepanjang ketiadaannya di rumah, anak perempuan berusia 12 tahun dijaga abangnya berusia 21 tahun, manakala anak sulung berusia 30-an sudah berkahwin.
“Semalam (kelmarin) saya berasa gembira apabila mendapat tindak balas positif apabila isteri yang hanya terlantar dilihat seakan menangis apabila ada air mata keluar.
“Mungkin apabila dibenarkan keluar saya akan mengambil alih menjaganya,” katanya yang sudah hampir 30 tahun berkahwin.
Sumber: Harian Metro
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source