Meriah! TLDM perkukuh kerjasama awam, santuni komuniti Perak Tengah menerusi Karnival CIMIC
Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM perkukuh kerjasama awam dan tentera menerusi Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) bersama komuniti Perak Tengah di Dewan Serbaguna Seri Iskandar, di sini pada Sabtu lalu.
Pelaksanaan kerjasama itu diadakan bagi mengukuhkan penglibatan antara kedua-dua belah pihak yang selari dengan Teras Keempat Pelan Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia 2021-2025.
Difahamkan, terdapat dua elemen utama CIMIC yang dilaksanakan pada tahun ini iaitu Medical Civic Assistance Program (MEDCAP) dan Engineering Civic Assistance Program (ENCAP).
TLDM perkukuh kerjasama awam
TLDM dalam kenyataan berkata, program ini dilaksanakan bagi memenuhi objektif yang digariskan dalam strategi Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) bagi menyebarluaskan fungsi dan peranan TLDM, Kor Kesihatan Diraja dan rakyat dalam memperkukuhkan pertahanan negara.
“Pelaksanaan karnival ini juga dilihat dapat mempertingkatkan kesedaran dan kepercayaan komuniti masyarakat di Perak Tengah terhadap Angkatan Tentera Malaysia,”menurut kenyataan.
Karnival tersebut disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Pertama Hj Jamaludin bin Hj Sairi dan turut dihadiri Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman dan ketua-ketua jabatan sekitar Daerah Perak Tengah.
Pelbagai agensi dan komuniti masyarakat setempat sekitar Daerah Perak Tengah turut menyertai dan memeriahkan karnival ini.
Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Kerja Raya Daerah Perak Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Polis Diraja Malaysia, Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas.
Pada hari tersebut, pelbagai kaunter pemeriksaan kesihatan telah dibuka bagi memberikan khidmat secara percuma kepada komuniti Perak Tengah seperti saringan kesihatan, konsultasi pakar, pemeriksaan pergigian, pemeriksaan mata, klinik kesihatan wanita, fisioterapi, perkhidmatan farmasi bergerak, pameran kesihatan dan program berus gigi kanak-kanak.
Karnival ini turut dimeriahkan dengan acara senamrobik, Fun Run, pertandingan mewarna kanak-kanak.
Artikel lain: MINDEF cakna dengan kebajikan, peruntuk RM69.5 juta selenggara rumah anggota TLDM
Bukan itu sahaja, pameran statik helikopter Super Lynx TLDM serta pameran kerjaya oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL), Markas Selam dan Peperangan Periuk Api, Depot Peluru Barat dan Bahan Letupan turut diadakan.
Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan kawad senyap TLDM dan Pancaragam Pusat TLDM sebagai simbolik berakhirnya karnival CIMIC di situ.
Selain karnival CIMIC, warga Markas Pangkalan Lumut juga melaksanakan program jiwa murni di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Othmaniyah, Bota, Perak secara serentak.
Pejabat guru, pentas dataran perhimpunan, tiang bendera, kantin sekolah dan bilik darjah juga diselenggara dan dicat semula bagi memberi keselesaan buat para guru serta pelajar di sekolah berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source