Lelaki setia temani anak jalani terapi oksigen hiperbarik runtun hati warganet
Seorang budak lelaki yang dikenali Mohamad Nur Iman Ramadhani yang menghidap gangguan saraf otak (adrenoleukodystrophy) telah undang rasa sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh bapa kepada Iman di laman TikToknya, dapat dilihat budak lelaki itu hadir ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan terapi oksigen hiperbarik.
Terapi oksigen hiperbarik
Artikel lain: Wanita sebak lihat semangat bapa, jadi wali nikah meski hidap masalah saraf
Terapi Oksigen Hiperbarik atau lebih dikenali sebagai ‘Hyperbaric Oxygen Therapy’ (HBOT) adalah rawatan perubatan yang mana seseorang diletakkan di dalam ruang atau mesin yang akan menyalurkan 100 peratus oksigen pada tekanan yang lebih besar daripada tekanan atmosfera biasa.
Dalam perkongsian itu, Iman telah memasuki ke dalam ruang mesin tersebut ditemani bapanya telah meruntun hati warganet di media sosial.
Sehingga kini, video itu raih lebih 9.6 juta tontonan dan mendapat lebih 500,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terapi oksigen hiperbarik
Semoga Iman segera sembuh, dipermudahkan urusan!
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Iman kembali sembuh seperti sedia kala dan berharap segala urusannya dipermudahkan.
Terdahulu, kisah anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat perhatian ramai dimana Iman sering terjatuh ketika berjalan gara-gara hilang keseimbangan diri sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.
Sumber: TikTok @Iman Ramadhani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source