Pertama kali di Malaysia, 10XValley lancarkan platform IPO-Ready, Gamification Hackathon
Malaysia mencatat sejarah baharu dalam arena perniagaan dengan pelancaran Gamification Hackathon yang dianjurkan oleh 10XValley, platform IPO-Ready, di negara ini.
Penganjuran program ini adalah satu usaha untuk memacu inovasi dan meningkatkan daya saing perniagaan tempatan di pasaran global.
Bukan itu sahaja, ia juga memberi tumpuan kepada penerapan konsep gamifikasi dalam operasi harian perniagaan yang dilihat sebagai langkah penting ke arah transformasi digital.
10XValley lancarkan platform IPO-Ready
Pengasas 10XValley, Joescher Chee bersama Steve Chow selaku Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan Gamification Hackathon berkenaan bukan sekadar bengkel biasa, sebaliknya ia satu pengalaman yang mengubah paradigma.
“Melalui satu hari penumpuan intensif, pasukan boleh menyelesaikan masalah yang berlarutan lama, mengenal pasti potensi baru, dan mencapai perkembangan yang mendadak dalam perniagaan mereka,”ujarnya.
Tambah mereka, Hackathon bukan sekadar proses mencari penyelesaian, tetapi ia juga adalah pengalaman inovasi yang mendalam.
“Melalui Hackathon ini, para peserta akan merasai kuasa penumpuan sepenuhnya, memberikan tenaga baru kepada pertumbuhan perniagaan.
“Aktiviti tumpuan selama sehari ini akan memecahkan corak pemikiran konvensional, membolehkan pasukan dengan pantas menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak sekian lama, membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi,”jelas mereka.
Perniagaan dan era gamifikasi
Difahamkan, Gamification Hackathon menawarkan peluang kepada peserta untuk belajar bagaimana strategi gamifikasi dapat digunakan dalam organisasi mereka, melalui bengkel dan pertandingan yang direka untuk mendorong inovasi secara langsung.
Dengan ini, perniagaan dapat melihat bagaimana elemen permainan boleh diintegrasikan ke dalam model operasi mereka, mencetuskan idea-idea baru yang boleh memberi impak besar terhadap perniagaan.
Antara pengisian program ini adalah Asas Gamifikasi dan Pembangunan Strategi, Bengkel Pelaksanaan Gamifikasi dan Pertandingan Gamifikasi.
Bagi Asas Gamifikasi dan Pembangunan Strategi, para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana menggabungkan konsep gamifikasi dengan keperluan perniagaan sebenar untuk merangka strategi jangka panjang yang selaras dengan pertumbuhan perniagaan.
Bagi Bengkel Pelaksanaan Gamifikasi pula, latihan praktikal sangat membantu buat perniagaan melaksanakan strategi gamifikasi dengan cekap dan memaksimumkan keberkesanannya dalam operasi harian.
Seterusnya, pertandingan Gamifikasi membolehkan para peserta menggunakan alat gamifikasi dalam senario perniagaan sebenar, menemui jalan baharu untuk perkembangan perniagaan melalui persaingan yang sihat.
Melalui Hackathon ini, perniagaan bukan sahaja akan mempelajari cara meningkatkan keupayaan inovasi dalaman melalui gamifikasi, tetapi juga cara meningkatkan penglibatan dan kepuasan pekerja dengan lebih berkesan, sekaligus mengurangkan kadar keluar masuk pekerja.
10XValley terima Malaysia Book of Records
Kepentingan acara ini juga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records yang menganugerahkan 10XValley dengan pengiktirafan sebagai Hackathon Gamifikasi Pertama dan Terbesar di Malaysia. Ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada skala dan impak acara ini, tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai peneraju inovasi di rantau Asia.
Acara ini turut dimeriahkan oleh kehadiran beberapa figura penting seperti Chiau Haw Choon, pengasas bersama 10XValley, dan Jeremy Ong, mentor tetap platform ini, yang kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membawa wawasan 10XValley ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam era perniagaan global yang semakin kompetitif, Gamification Hackathon bukan sahaja menyasarkan untuk mengubah cara syarikat beroperasi di peringkat tempatan, tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan syarikat Malaysia di pentas antarabangsa.
Lebih daripada 200 CEO dan pengurus kanan syarikat telah disahkan akan menyertai acara ini, di mana mereka akan berkongsi strategi dan idea bagaimana gamifikasi boleh digunakan untuk mendorong inovasi serta meningkatkan daya saing perniagaan.
10XValley berharap acara ini dapat memacu syarikat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama, sekaligus meletakkan negara ini sebagai pemimpin dalam inovasi perniagaan di rantau ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source