KPN optimis Singgah Santai@PNM mampu pupuk nilai perpaduan dalam komuniti
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Singgah Santai@PNM yang dilaksanakan secara hibrid di Aras 10, Menara PNM dan bersiaran langsung menerusi PNM TV Channel pada 26 Oktober 2024.
Program Singgah Santai@PNM usaha merakyatkan perpustakaan
Menerusi ucapan beliau, program berkenaan merupakan salah satu usaha bagi merakyatkan perpustakaan sekali gus menjadikan amalan membaca satu budaya yang mencerminkan kemajuan negara.
“Program Singgah Santai @PNM ini bukan sahaja menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi, mendekati dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PNM, malah ia berupaya merangsang perkembangan minda dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat selain merakyatkan perpustakaan serta menjadikan amalan membaca satu budaya yang mencerminkan kemajuan dan kejayaan sesebuah negara.
Maka, sangat tepatlah slogan PNM iaitu ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’.” ujarnya.
Artikel lain: KPN komited tingkatkan budaya membaca, wujudkan ‘Airport Library’ mulai tahun ini
Program Singgah Santai@PNM kali ini angkat tema ‘Lestari Biodiversiti Ke Arah Masyarakat Harmoni’
Selain daripada menjadi salah satu platform penting dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berbudaya membaca atau ‘Reading Society’, program yang berlangsung secara tahunan ini juga sangat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya memelihara kesejahteraan ekosistem alam sekitar,
Ia dilihat sangat bersesuaian dengan tema yang diangkat untuk program kali ini iaitu ‘Lestari Biodiversiti Ke Arah Masyarakat Harmoni’.
Pelbagai aktiviti disajikan sepanjang program ini berlangsung seperti program/aktiviti interaktif kanak-kanak bersama keluarga, bicara santai, pertandingan busana, Sand Art, Petting Zoo, gegelung ilmu, memancing ikan comel, memanah, pameran jabatan/agensi, gerai jualan buku dan gerai jualan keusahawanan dan banyak lagi.
Oleh itu, pihak KPN percaya program seperti ini mampu untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengira usia dalam mengimarahkan gedung ilmu bukan sahaja untuk menyertai aktiviti, tetapi turut meneroka maklumat melalui penyediaan bahan bacaan bercetak melalui pelbagai akses.
Paling penting, program ini dapat menerapkan dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan komuniti setempat serta dapat membentuk rakyat yang bertamadun dan berdaya saing.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source