Buat ‘live’ TikTok di tempat kemalangan, dua lelaki ‘kaku’ ditegur polis
Dia lelaki kaku selepas ditegur polis dan hanya mampu terkebil-kebil sahaja dihadapan lebih 5,000 mata di media sosial selepas tindakan membuat siaran langsung TikTok di tempat kemalangan disedari pihak berkuasa.
Menerusi video yang dikongsi oleh akaun X #updateInfo, dapat dilihat dua orang lelaki hanya diam sahaja selepas disergah oleh anggota polis di tempat kejadian tersebut.
“Ada kelayakan sebagai pemberita ke?”
Dapat didengar dengan jelas anggota polis berkenaan mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang dahagakan viewers di media sosial selepas membuat live mempertontonkan situasi kemalangan kepada umum tanpa menghormati keadaan mangsa.
“Kamu ada hak atau etika sebagai pemberita ke? Tak ada kan? Kalau tak ada hak sebagai pemberita, kamu tak layak buat siaran langsung. Kamu jangan nak meraih simpati kepada orang yang sudah meninggal dunia.
“Apa yang kamu faham tentang etika pemberita? Kamu ada kelayakan sebagai pemberita ke? Apa yang seronok sangat kamu buat siaran langsung ini?” tanya anggota polis.
Terdiam disergah polis waktu buat live TikTok di tempat kemalangan
Kedua-dua mereka yang terlihat ketakutan selepas disergah oleh anggota polis hanya memberikan jawapan ringkas tiap kali disoal dengan nada yang sedikit keras.
Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai memasuki tempat kejadian kemalangan dan juga merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran pihak berkuasa semata-mata untuk meraih tontonan di live TikTok.
Buat live TikTok di tempat kemalangan tanpa kebenaran
Perkara itu diakui sendiri oleh mereka selepas digesa dengan pertanyaan berkali-kali oleh pihak polis yang mengambil alih siaran langsung yang dibuat itu.
Artikel lain: Netizen nak bantu bayar ikat jamin- “Jom semua kita kutip RM1 seorang tolong Abang Bas..”
Nak sangat kejar viewers & gift
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa diatas tindakan segera dalam menegur perbuatan lelaki berkenaan.
Mana tidaknya, perilaku sebegitu bukan sahaja tidak menghormati ahli keluarga dan mangsa kemalangan, tetapi turut menganggu tugas polis.
Boleh bayangkan dia takut macam mana
Keras kejung member kena sergah macam tu waktu live TikTok di tempat kemalangan
Saman je orang macam ni
Individu yang ‘dibasuh’ oleh pihak polis secara live itu dikatakan sudah mengunci akaun TikTok miliknya susulan penularan video tersebut.
Diharap tindakan itu dapat menjadi pengajaran kepada orang awam diluar sana untuk tidak sesuka hati berkongsi sebarang kejadian yang sedang dalam siasatan lebih-lebih lagi jika kemalangan melibatkan kehilangan nyawa.
Sumber: X updateinfo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source