Fedtri Yahya, “Kebetulan Yang Indah..” Dinobat Pengulas TV Terbaik Di Hari Lahir Isteri
PKP perlu disambung hingga selesai sambutan Aidil Fitri tahun ini. Itu gesaan kumpulan doktor bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19 di negara kita.
Laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini semalam menyatakan gesaan daripada Akademi Perubatan Malaysia agar kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kata kumpulan profesional itu lagi, penarikan balik PKP dilihat seakan sia-sia apabila masyarakat dibenarkan balik kampung secara beramai-ramai yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya. Begitu juga dengan aktiviti bersalam-salaman dan berkumpul di dalam masyarakat.
Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.
Samada PKP disambung atau pun tidak, apa yang boleh dikatakan adalah kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama perlu menjaga penjarakkan sosial kita supaya wabak yang satu ini dapat dibendung sewajarnya. Elakkan mengadakan jamuan dan berbuka puasa dengan kapasiti jumlah tetamu yang ramai. Itu sebaiknya yang dapat kita lakukan.
Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut pada 24 Mei ini pastinya berbeza buat kita. Harus terus menjaga kebersihan diri dan penjarakkan sosial, itu yang sewajarnya kita dilakukan.
KKM dijangka menyediakan data pada 10 April kepada kerajaan untuk kerajaan menentukan sama ada melanjutkan perintah itu atau pun tidak. Kita nantikan perutusan khas secara langsung oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini, 10 April 2020, jam 4 petang.
Laporan lengkap mengenai artikel ini di Malaysiakini.
Kumpulan doktor gesa sambung PKP sampai lepas raya
Akademi Perubatan Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kata kumpulan profesional itu, balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya.
“Penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan menyebabkan segala kebaikan yang telah dicapai daripada duduk di rumah selama empat minggu kebelakangan ini, menjadi sia-sia.
“Perang melawan Covid-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.
“Disebabkan pandemik Covid-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baru sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.
“Untuk tahun ini sekurang-kurangnya, perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan, sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri, atau Haji,” kata kumpulan itu.
Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan (30 Mei di Sabah) dan Hari Gawai (1 Jun di Sarawak) yang akan datang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source