Hubungan kembali rapat, anak-anak Yasmin Hani kerap rindu Alif Hadi
Hubungan kembali rapat setelah anak-anak Yasmin Hani kerap bertanyakan tentang kehadiran Alif Hadi selepas beberapa bulan berpisah sebagai pasangan kekasih.
Mereka yang ditemui OhMyMedia ketika program Famili Duo memaklumkan kembali bersahabat selepas beberapa bulan berpisah memandangkan anak-anak pelakon wanita itu merindukan Alif yang dipanggil Thor.
Anak-anak Yasmin Hani rindukan Alif
Jelas Yasmin, dia langsung tidak gugup untuk bersahabat dengan bekas kekasih kerana tiada sebarang permusuhan antara mereka sejak awal berpisah lagi.
Berkawan. Sebenarnya, saya tak rasa gugup sebab sejak awal kami berpisah dengan baik. Jadi, tiada sebab untuk saya bergaduh dengan dia.
“Namun, ketika saya mula mengenali dia, saya bukan hanya mengenali dia seorang, tetapi juga keluarganya. Jadi, dua ahli keluarganya yang lain tak ada buat salah apa-apa dengan saya.
“Tak ada gunanya untuk saya bermusuh atau memutuskan hubungan dengan mereka yang tak bersalah. Saya rasa lebih baik jika saya teruskan berkawan kerana mereka juga merindui saya, dan saya pun rindu mereka,” kata Alif.
Anak-anak Yasmin Hani kerap buat panggilan video dengan bekas kekasih
Dalam pada itu, Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Ismail Richardson, 45 menyatakan yang anak-anaknya merindui Alif dan kerap membuat panggilan video terhadap pelakon lelaki berkenaan.
Kami berkawan balik sebab anak pun dah mula bertanya mana Alif sebab kami pun tak adalah kecoh-kecoh. Dengan umum pun kami tak bercerita.
“Kalau dah lama, anak-anak dah tak tanya, okaylah. Tapi, anak-anak masih bertanya mengenai dia dan nak buat panggilan video.
“Saya pun tak pasti bagaimana keadaannya sekarang, tapi boleh dikatakan kami masih berkawan kerana anak saya yang sering menelefon, ingin tahu khabar dan berbual dengan dia,” ujarnya.
Artikel lain: “Saya seorang duda..”- Alif Hadi dedah pernah kahwin, akui suka wanita berusia
Serah jodoh kepada Allah
Walau bagaimanapun, kedua-dua pelakon berkenaan tidak dapat memastikan sama ada hubungan percintaan mereka kembali bertaut atau sebaliknya kerana hanya menyerahkan segala ketentuan kepada Maha Pencipta.
“Jadi, selebihnya, pada masa depan, hanya Allah yang dapat menentukan. Kami tak rancang untuk berpisah dan jika ditakdirkan untuk kembali bersama, siapa tahu?
“Mungkin anak-anak yang akan menjadi penyebabnya. Seperti yang sering dikatakan, walaupun klise, kami hanya berharap dan berdoa untuk yang terbaik,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Alif Hadi memaklumkan yang hubungan percintaannya dengan Yasmin Hani sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu sewaktu malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36.
Walau bagaimanapun, pemenang kategori Aktor Pembantu Filem Popular, ABPBH36 itu tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan perpisahan mereka dan hanya menyatakan bahawa hubungan tersebut berakhir dalam keadaan baik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source