Alya Iman mohon doa, luah hasrat mahu kembali bertudung
Aktres Alya Iman mohon doa dan akui mempunyai niat untuk mengenakan semula hijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia untuk berbuat demikian.
Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, mengucapkan terima kasih kepada mana-mana peminat yang sentiasa mendoakannya.
Alya Iman mohon doa untuk kembali bertudung
“Siapa yang sentiasa doakan saya tu, terima kasih banyak-banyak. Yang tak sokong apa yang saya buat sekarang pun, takpe terima kasih juga.
“Sudah tentu, satu hari nanti saya nak juga pakai hijab semula. Setiap hari, saya berdoa satu hari nanti saya akan dapat hidayah untuk betul-betul pakai tudung bila saya dah sedia,” katanya.
Alya berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Susuk Bidadari’ yang dibintangi oleh aktres itu sendiri, Datuk Rosyam Noor, Cik Puan Sarimah Ibrahim, Trisha Ooi dan ramai lagi.
Mengulas berkenaan pakaian pada Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2024, aktres berusia 23 tahun itu enggan memberi komen lanjut.
“Saya tak nak komen apa-apa isu tu. Bagi saya, kalau nak kecam, nak komen apa-apa, baik atau buruk tu hak anda. Saya tak boleh nak kawal suara orang,” luahnya.
Ada niat untuk bertudung, Alya Iman mohon doa
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteren, Allahyarham Azmil Mustapha itu juga kini lebih mementingkan kesihatan mentalnya dan mengambil keputusan untuk tidak membaca komen-komen daripada netizen.
Artikel lain: Gayakan baju terdedah, Alya Iman diperli netizen -“Dah pakai tarik2 pula”
“Alya yang dulu akan baca semua komen yang ada. Tapi Alya yang sekarang, disebabkan benda tu sangat tak sihat sampai buat saya tak nak keluar rumah, saya tutup komen di Instagram saya.
“Saya hanya benarkan orang tertentu komen. Platform lain, memang saya tak baca sebab saya tak boleh puaskan semua orang. Bukan saya tak kisah, saya kisah tapi saya perlu jaga kesihatan mental saya,” jelasnya.
Alya Iman mohon doa dari peminat
Sebelum ini, Alya menjadi bualan warganet selepas mengenakan pakaian yang terdedah ketika menghadiri ABPBH 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Kehadiran Alya Iman telah mendapat respon negatif netizen apabila melihat dia seakan tidak selesa dengan busana yang digayakan susulan beberapa kali menarik kain yang hanya menutupi sebahagian dadanya.
Terdahulu, pelakon tersebut tampil tidak bertudung pada April tahun lalu apabila memuat naik gambar tanpa mengenakan hijab dengan alasan enggan lagi hipokrit serta mahu menjadi diri sendiri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source