Rakan dedah Cik Epal izin dimadukan, Jofliam senaraikan beberapa nama
Rakan dedah Cik Epal izin dimadukan selepas mendakwa pempengaruh itu diceraikan secara taklik oleh bekas suami, Jofliam.
Menerusi hantaran yang dibuat pempengaruh Ashhry Atan di platform media sosialnya, dia memaklumkan yang Cik Epal sempat menurunkan ego untuk kembali rujuk dengan bekas suami termasuk menerima jika dimadukan oleh usahawan terbabit.
Rakan dedah Cik Epal izin dimadukan sebab tak nak anak2 ada broken home
Walau bagaimanapun, dia mendakwa bahawa Jofliam telah mengenakan beberapa syarat jika mahu kembali sebagai suami isteri termasuklah berkahwin dengan salah seorang wanita yang disenaraikan namanya.
“Betul, sebab terlalu sayang akan rumahtangga dan taknak Han & Yuki ada broken family.
Selain tu Jo taknak rujuk selepas cerai secara taklik, jadi untuk dapatkan Jo rujuk kembali, syaratnya ialah Cik Epal bagi Jo kawen lain, Jo bagi beberapa nama dan nama pertama Little Miss Khan & nama terakhir adalah Mira (Dewi),” ujarnya.
Rakan dedah Cik Epal izin dimadukan, Jofliam senaraikan nama2 wanita pilihan?
Disebabkan tahu untuk menikahi LMK adalah sesuatu yang mustahil, jadi Cik Epal bersetuju untuk membantu Jofliam menikahi Dewi dengan beberapa cara bagi memujuk wanita tersebut untuk berbincang mengenai rumah tangga mereka.
Difahamkan, Jofliam telah membelikan Dewi beg tangan dan cermin mata hitam berjenama sebagai tanda saguhati jika dia dapat berjumpa dengan Cik Epal.
“Tidak mungkin LMK kerana jauh panggang dari api, jadi Cik Epal setuju dengan Dewi dan Jo sangat gembira tetapi Jo tak tahu cara macam mana nak cakap dengan Dewi, jadi jo belikan Dewi bag & spek mata prada tanda saguhati supaya Dewi dapat berjumpa dengan Cik Epal untuk berbincang tentang rujuk & madu,” tulisnya.
Artikel lain: Jofliam akui beri beg tangan Cik Epal ke Dewi tindakan rebel, nafi bersekedudukan
Jofliam anggap tuduhan rakan Cik Epal satu fitnah
Perkongsian yang dibuat oleh Ashhry telah mendapat perhatian ramai termasuklah Jofliam apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram pempengaruh tersebut.
Tegasnya, apa yang dikatakan oleh rakan kepada Cik Epal adalah fitnah dan dia sama sekali tidak pernah menyuarakan hasrat berkahwin dua termasuklah senarai nama wanita-wanita yang dinyatakan.
Perbalahanan antara Cik Epal dan Jofliam nampaknya masih belum ada sebarang kesudahan apabila masing-masing berbalas kenyataan di media sosial mempertahankan diri masing-masing dengan pelbagai hujah.
Ia dihangatkan lagi dengan isu beg tangan dipercayai milik Cik Epal dan dipakai oleh Dewi sehingga menerima kecaman teruk di media sosial susulan tularnya gambar wanita itu menggayakan beg tersebut sewaktu berada di luar.
Sumber: Instagram Ashhry Atan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source