Ina Naim tak boleh menjanda lama-lama, perlu bantuan suami uruskan anak
Penyanyi Ina Naim tak boleh menjanda lama-lama kerana dia memerlukan pasangan untuk membesarkan anak-anaknya yang kian meningkat remaja.
Menurut laporan mStar, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, berkata kehadiran bakal suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor dapat membantunya dalam menguruskan serta mendidik anak-anak.
Ina Naim tak boleh menjanda
Artikel lain: Sah! Ina Naim bakal bernikah dengan duda anak dua 8 November ini
“Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa terutamanya Feroz dan Laila kerana banyak masa. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama duduk seorang (sendiri) kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang (suami) untuk teruskan pembelajaran setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Ina turut memberitahu majlis pernikahannya akan diadakan secara sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Ina Naim tak boleh menjanda
“Saya jemput kawan-kawan terdekat. Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan-kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.
“Saya buat sekadar majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk beberapa saudara dan rakan-rakan terdekat sahaja.
“Saya bukan anak dara atau orang muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak. Takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding. Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu makan,” ujarnya.
Terdahulu, Ina mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 8 November ini dengan seorang duda anak dua selepas tersebarnya khabar angin berkaitan berita tersebut.
Untuk rekod, Ina mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Bagaimanapun, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.
Sumber: mStar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source