Christopher Columbus Ni Orang Yahudi Ke?
Isnin lepas, iaitu 14 Oktober 2024 ialah Hari Columbus, iaitu hari peringatan pelayar Eropah yang bernama Christopher Columbus yang ‘menemui’ benua Amerika pada bulan Ogos 1492.
Yang menariknya, dokumentari sejarah Sepanyol bernama ‘Columbus DNA: The true origin’ yang disiarkan pada haru Sabtu lepas membentangkan bahawa Columbus sebenarnya orang Yahudi!
Betul ke Columbus ni berdarah Yahudi, bukannya orang Itali seperti apa yang telah para sejarawan ketahui?
Dalam dokumentari tersebut, kumpulan ahli forensik tempatan yang diketuai oleh Miguel Lorente sedang mengkaji DNA pelayar Itali ini dengan dapatkan sampel dari makamnya yang terletak di gereja kathedral Seville, Sepanyol.
Mereka juga mengambil sampel dari makam anak Columbus bernama Hernando Colón. Dapatkan kajian menunjukkan kromoson Y yang diwarisi dari ayah dan DNA mitokondria yang diwarisi dari ibu Colón menunjukkan bahawa dia berbangsa Yahudi.
Dari kajian inilah Lorente percaya yang Columbus sebenarnya berdarah Yahudi Sephardic, iaitu kaum Yahudi yang menetap di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal).
Tapi, ada masalah dalam kajian yang Lorente usahakan ini. Menurut bekas pengarah Spain’s National Institute of Toxicology and Forensic Sciences, iaitu Antonio Alonso, mereka tidak dapat sahkan kajian Lorente ini kerana kumpulan Lorente tidak bentangkan sebarang analisis dan data dari dokumentari itu.
Sebenarnya, teori tentang asal-usul Columbus telah lama dibincangkan oleh para akademik walaupun Columbus sendiri telah menulis bahawa dirinya ialah orang Itali yang berasal dari Genoa. Teori yang popular ialah Columbus ialah berdarah Yahudi Sephardic.
Jika benar Columbus ni orang Yahudi Sephardic, mungkin terdapatnya diaspora oleh kaum Yahudi ini kerana lari dari Sepanyol yang dikuasai oleh dua pemerintah Kristian Katolik, iaitu Ratu Isabella Idan Raja Ferdinand II pada tahun 1490-an.
Masalahnya, pada jangka waktu tersebut Columbus sibuk berlayar untuk mencari ‘jalan singkat’ ke India melalui jalan laut di kawasan barah Eropah dan perbelanjaan pelayaran beliau ditaja oleh Raja Ferdinand II sendiri!
Jadi, hujah Columbus ialah orang Yahudi Sephardic adalah lemah dan tidak disokong oleh kajian lain dan ahli akademik lain walaupun hanya satu kajian Lorente saja. Mungkin juga Columbus ni orang Yahudi dari belah timur Eropah. Biarlah saintis-saintis sana mengkaji.
Kalau betul Columbus ni betul-betul orang Yahudi, memang tak hairanlah kenapa beliau sanggup eksploitasi sumber dan menghambakan orang asal Amerika sana!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source